Sihat

Jangan Ambil Mudah, Ini 5 Perkara Perlu Tahu Tentang Wabak Chikungunya

1.1K
SHARES
7 Tanda Demam Denggi Berserta Petua Tradisional. Ketahui Punca, Rawat Awal!

Rakyat Malaysia yang merancang percutian ke Hat Yai cuti sekolah ini dinasihatkan agar berhati-hati berikutan wabak Chikungunya yang melanda daerah tersebut sekitar 1-2 minggu yang lalu.

Biarpun ianya masih dalam keadaan terkawal, Ketua Kesihatan Awam Daerah Sikhoraphum, Somsak Boontor mengesahkan bahawa wabak itu berkait dengan pesakit yang membawa wabak tersebut dari Bangkok lalu merebak dengan pantas seperti yang dilaporkan Bangkok Post menerusi Astro Awani.

Berikut adalah beberapa perkara yang perlu kita tahu tentang wabak tersebut, tanda Chikungunya dan langkah mencegahnya.

5 Perkara Perlu Tahu Tentang Wabak Chikungunya

1. Punca

Menurut portal MyHealth, Chikungunya adalah penyakit viral yang menjangkiti manusia melalui gigitan nyamuk yang telah dijangkiti.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia, antara gejala Chikungunya adalah demam secara tiba-tiba dan sering bersekali dengan sakit sendi.

Kesakitan sendi tersebut mampu melemahkan anggota badan dalam tempoh beberapa hari hingga berbulan lamanya.

tips halau nyamuk

Foto Kredit: getridofmany.com

2. Tanda

Masa inkubasi / peram bagi demam Chikungunya biasanya adalah sekitar 3-7 hari. Gejalanya adalah amat serupa dengan demam denggi, cuma yang membezakannya demam Chikungunya ini jarang diikuti oleh pendarahan atau sindrom shock (shock syndrome).

Orang yang dijangkiti mungkin mengalami gejala berikut:

  • Demam
  • Kesejukan
  • Sakit kepala
  • Letih
  • Loya
  • Muntah
  • Sakit otot
  • Ruam
  • Sakit sendi

Isteri sakit demam panas

3. Rawatan

Buat masa ini, tiada ubat atau vaksin untuk mencegah Chikungunya. Walaubagaimanapun dengan banyak berehat, memakan makanan berzat, banyak minum air dan mengambil ubat penahan sakit, boleh mengurangkan gejala demam dan sakit badan.

Jika anda mempunyai gejala tersebut di atas, anda dinasihatkan berjumpa doktor dengan segera.

 

4. Pencegahan Ketika Travel

Bagi anda yang telah membuat perancangan ke Hat Yai atau tempat yang berdekatan kawasan wabak Chikungunya, anda dinasihatkan untuk mengambil langkah pencegahan berikut:

  • Guna sapuan nyah serangga pada kulit yang terdedah semasa keluar bersiar, terutama semasa di siang hari.
  • Pakai baju berlengan panjang dan seluar panjang semasa keluar bersiar.
  • Jika boleh tinggal dalam tempat yang mempunyai skrin pelindung pada tingkap atau penghawa dingin untuk menjauhi nyamuk
  • Elakkan dari melawat kawasan wabak Chikungunya.

Foto Kredit: appboy.com

5. Pencegahan Di Rumah

Cara pencegahan wabak Chikungunya di rumah adalah sama dengan demam denggi di mana ia melibatkan proses pembersihan.

Pembersihan air takungan meliputi kawasan berpotensi pembiakan nyamuk termasuklah dalam pasu bunga, bekas bunga, saluran bumbung dan tin minuman.

tanda chikungunya

Foto Kredit: Activdoctorsonline.com

Segera Dapatkan Rawatan Doktor

Sekiranya anda mengalami demam dan gejala yang disebutkan di atas, jangan teragak-agak untuk berjumpa doktor bagi rawatan dan pantauan awal ya.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×