Sihat

‘Brain Freeze’! Ini Sebenarnya Yang Berlaku Pada Otak Kita & 7 Fakta Tentangnya

45
SHARES
apakah brain freeze

Nikmatnya bila dapat makan aiskrim pada hari yang panas… Tapi pernah tak tiba-tiba rasa macam ngilu dan sejuk sangat dekat bahagian kepala tu?

Fenomena inilah yang kita sebut sebagai ‘brain freeze’.

Pernah tak terfikir apakah brain freeze ni sebenarnya dan betulkah otak kita betul-betul mengalami penyejukan atau beku?

Jom tahu lebih lanjut.

7 Fakta Tentang Brain Freeze

1. Apakah Brain Freeze?

Secara saintifiknya, ‘brain freeze’ dikenali dengan istilah Sphenopalatine Ganglioneuralgia (SPG) atau trigeminal headache.

Rasa sakit ini seolah menyucuk-nyucuk atau ngilu namun lazimnya berlaku dengan cepat, iaitu dalam tempoh kurang daripada 10 saat.

Menurut Medical News Today, punca brain freeze boleh berlaku adalah disebabkan proses berikut:

  • Penyejukan kapilari sinus oleh bahan-bahan sejuk, menyebabkan pengecutan salur darah
  • Pengembangan semula salur darah oleh stimuli panas seperti udara

Sama seperti bagaimana migrain boleh berlaku, pertembungan 2 keadaan ekstrem yang berlaku dengan cepat di sekitar saraf trigeminal yang sensitif terhadap suhu di bahagian lelangit inilah menyebabkan sensasi ‘brain freeze’!

2. Kanak-kanak Lebih Cenderung Mengalaminya

Menurut Psychology Today, brain freeze adalah lebih biasa dialami oleh kanak-kanak kerana faktor berikut:

  • kanak-kanak mempunyai lelangit dan tekak yang lebih kecil, di mana ia lebih mudah menyejuk dan lebih cepat mengaktifkan reseptor.
  • orang dewasa mempunyai lebih kestabilan terhadap stimuli sejuk seiring dengan usia.
  • kanak-kanak biasanya makan makanan sejuk dengan lebih laju berbanding orang dewasa (salah satunya kerana mereka tidak mengetahui risiko brain freeze)

http://yaraan.com/

3. Perempuan Juga Lebih Mudah Mendapatnya Berbanding Lelaki

Sesetengah kajian juga mendapati bahawa kaum perempuan lebih mudah mengalami brain freeze berbanding kaum lelaki.

Hasil pemerhatian ini adalah konsisten dengan kenyataan di mana didapati lebih banyak jenis sakit kepala ditemui di kalangan wanita.

4. Ia Mungkin Diwarisi

Menurut kajian, apabila kedua ibu bapa dan kanak-kanak tidak mempunyai sebarang sejarah sakit kepala, risiko terhadap brain freeze juga berkurang.

5. Ia Dikaitkan Dengan Migrain

Tahukah anda, kajian juga telah mendapati bahawa mereka yang mengalami migrain lebih cenderung untuk mengalami brain freeze.

Ini kerana, pesakit migrain mempunyai saraf  trigneminal yang sensitif dan bahan sejuk boleh mengaktifkan laluan saraf ini dan menyebabkan lebih mudah berlakunya brain freeze.

6. Adakah Ia Boleh Mendatangkan Bahaya?

Mungkin ada yang tertanya-tanya juga, adalah brain freeze ini boleh membahayakan?

Menurut Science Focus, anda tak perlu risau sebab apa yang berlaku bukanlah sesuatu yang membimbangkan. Perubahan suhu yang berlaku adalah sangat cepat, ringan, dan tidaklah ‘menyejukkan’ otak sehingga tahap beku.

Dalam artikel tersebut dinyatakan, pakar bedah biasanya akan menyejukkan otak ke suhu 17.8°C untuk mengelakkan sebarang komplikasi ketika pembedahan – dan suhu ini tak mungkin dapat dicapai hanya dengan memakan aiskrim!

Foto Kredit: thinkstockphotos.fr

7. Cara Mengatasinya

Tentunya salah satu cara mengelakkan daripada diserang oleh brain freeze adalah dengan mengelakkan mengambil makanan sejuk, terutamanya pada hari yang panas.

Tapi, tak seronoklah macam tu kan? Kalau di Malaysia yang hari-hari panas, mesti tekak ni teringin nak minum air sejuk selalu kan?

Jadi, apa yang disyorkan oleh Live Science adalah:

  • meminum minuman sejuk dengan perlahan-lahan atau dalam kuantiti yang sedikit pada satu-satu masa
  • cuba elakkan bahan sejuk daripada terdedah kepada bahagian atas tekak / lelangit
  • jika terkena brain freeze, cuba minum air suam perlahan-lahan untuk mengurangkan simptom
  • boleh juga menggulungkan bahagian bawah lidah ke arah lelangit bagi membantu memanaskan bahagian sensitif ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×