Teknologi

Klik & Bayar, PayFo Sedia Platfrom Pembayaran Elektronik Digital Paling Mudah Dan Canggih

7
SHARES

Selari dengan perkembangan teknologi, sistem pembayaran dan urusan kewangan juga turut bertukar menjadi cashless. Kita lebih tertumpu kepada sistem kewangan secara dalam talian/online, atau ketika urusan pembayaran di kaunter ramai dalam kalangan kita yang hanya menggunakan pembayaran secara ‘pay wave’.

Oleh itu, terdapat beberapa platform yang anda boleh gunakan sebagai pengganti kepada urusan kaunter terutama dalam urusan pembayaran bil supaya lebih mudah dan cepat. Salah satunya adalah dengan menggunakan aplikasi Payfo yang ternyata sangat memudahkan dan boleh dapat pulangan ganjaran yang hebat!

APA ITU PAYFO?

Payfo ditubuhkan pada tahun 2018 dengan satu tujuan yang jelas iaitu untuk mewujudkan kemudahan teknologi di Malaysia melalui teknologi kewangan paling terkini . Payfo yang dimiliki sepenuhnya oleh Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB), merupakan inkubator yang akan merancakkan lagi ruang kewangan negara dengan menyediakan penyelesaian teknologi yang dapat membantu golongan B2B dan B2C.

Sehingga kini, platform Payfo masih lagi dalam proses membangunkan beberapa aplikasi Fintech iaitu Subspays, Bepasar dan Kredids . Terkini, Payfo sudah melancarkan aplikasi kewangan pertamanya yang dikenali sebagai Joy.

1.Subspays adalah platform subsidi separa autonomi dan tanpa tunai dimana agensi kerajaan negeri dan persekutuan dapat menguruskan peruntukan subsidi mereka kepada kumpulan B40 di Malaysia.

2.Bepasar adalah platform yang memudahkan dan lancar untuk sistem kiriman wang pulang, membayar bil di rumah dan juga menyediakan produk pilihan dari negara asal sesuatu barang tersebut melalui e-marketplace.

3.Kredids pula menangani keperluan perniagaan dalam pembiayaan rantaian bekalan. Pada mulanya memberi khidmat buat syarikat pembiayaan pemfaktoran, kini telah merangkumi P2P dan ECF, serta institusi kewangan tradisional untuk menyediakan syarikat dengan penyelesaian pembiayaan alternatif cepat.

JOY PLATFORM PEMBAYARAN ELEKTRONIK TERKINI

Terbaharu, Joy adalah platform pembayaran elektronik, e-dagang, dan ‘Omni-Channel All-Inclusive’ yang bertujuan untuk memberi manfaat kepada pengguna dan pedagang. Platform digital ini akan membantu peniaga dalam talian dan luar talian untuk menarik pelanggan mereka dan meningkatkan pelanggan kekal melalui sistem ganjaran atau cashback. Dalam erti kata lain, pengguna akan dapat menikmati kemudahan e-wallet bersama sistem cashback sementara pedagang akan memperkuatkan lagi hubungan mereka bersama pelanggan, kerana pelanggan didorong untuk kembali dengan tujuan memperoleh lebih banyak wang tunai dalam bentuk ganjaran. Bayangkan membeli barangan runcit, menyewa kereta atau membeli kereta dalam satu aplikasi! Mudah!

Ciri unik dalam aplikasi Joy pertama kali tersedia sebagai platform eksklusif untuk pekerja Kumpulan Al-Bukhary, yang kini berjumlah 200,000 orang. Dalam masa terdekat, melalui perkongsian dengan beberapa pasaran tinggi, aplikasi Joy dijangka akan mempunyai jumlah pengguna Joy mencecah sehingga 5 juta.

Sehingga kini, Joy telah mempunyai ikatan bersama rakan jenama yang kuat seperti MPH Bookstore, Altel, Kaodim, Komugi, Tradewinds Hotels, Menara Optometry dan Affin AXA.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×