Sihat

Apa Itu HFMD? Ibubapa Perlu Ambil Langkah Berjaga-Jaga Melalui Perkongsian Kisah Si Ibu Ini!

39
SHARES

“Kenapa tangan anak aku ni naik biji-biji banyak nii? Aduh, risau pulak “

APA ITU HFMD?

http://www.caribflame.com/

HFMD atau lebih dikenali sebagai penyakit tangan, kaki dan mulut adalah disebabkan oleh Coxsackie Virus A16 dan diikuti oleh Enterovirus 71 (EV 71). Virus ini merebak melalui air liur, sentuhan cecair lepuh (blister) dan najis dari mereka yang berpenyakit. Ibubapa yang mempunyai anak yang masih kecil perlu berjaga-jaga kerana penyakit ini mudah dijangkiti oleh kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

TANDA-TANDA HFMD

http://www.thefinder.com.sg/

1. Demam

2. Ulser di tekak dan mulut

3. Ruam dengan lepuh di tapak tangan, kaki, lutut dan kawasan lampin

4. Sakit kepala dan hilang selera makan.

PERKONGSIAN PENGALAMAN ANAK DAN HFMD

Mama syak baby chair ni la punca Airil dapat virus HFMD. Sebab esoknya Airil demam. Silap mama malam tu tak bawa baby wipes. Kerusi tu pun tak nampak kotor so tak ada la nak lap lap. Biasa selagi tak kena memang tak beringat. So lepas ni mama dah standby segala protection before and after duduk kat mana-mana kena lap dulu habis bersih. Biar la org kata pulun pun.. yang nak menjaga anak tak sihat tu nnti kita jgk.

www.facebook.com/meena.amrina

Biji-biji di tangan

Avoid pergi play area kalau dah musim hfmd. HFMD ni wajib kuarantin. Kuarantin means duduk di rumah. Pergi klinik mintak pengesahan doctor untuk sahkan anak kena hfmd. Langsung tak boleh hantar anak ke taska/sekolah. Keluar pegi mkn, pergi playground, pergi jalan-jalan, supermarket, shopping mall semua tak boleh. Sebab hfmd mudah berjangkit dari sentuhan. Buat parents yang lain pun, make sure standby dalam handbag antibacterial wipes/spray or dettol anticeptic, sanitizer ke.. bawak jer pergi mana-mana pun.

www.facebook.com/meena.amrina

Tapi kalau dah kena jugak, tak boleh laa nak tolak takdir. Redha dan kuarantin sampai anak betul-betul sihat.

Note: Alhamdulillah masa saya share ni anak saya dah sihat pun. Lepas seminggu dah kering semua biji-biji dekat kulit tu. Saya just sapu vco dan bagi dia minum vco. Memang cepat baik.

Sumber: Amrina Meena

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×