Famili

‘Covid Ni Tajam, Lawan Guna Kentut’- Jawapan Kreatif Adik Taska Ini Buat Netizen Terhibur!

271
SHARES

Kementerian Pembangunan Luar Bandar bercadang membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA). Memetik laporan dari wartawan Juliana Shahrin, sebelum ini memang ramai dalam kalangan ibu bapa dari golongan M40 yang membuat permohonan untuk menghantar anak-anak ke Taska dan Tabika tetapi melebihi pendapatan bulanan.

Bukan itu sahaja, wartawan juga mengambil kesempatan untuk menemubual para murid di Taska tersebut untuk mendapat reaksi pelbagai dan ternyata jawapan yang diberikan adalah sangat comel!

‘COVID19 NI TAJAM-TAJAM, KENA KENTUT’

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah soalan yang ditanya oleh wartawan Buletin Utama kepada salah seorang murid Taska bernama Muhammad Rifqi Mohad Rizuan di Putrajaya semalam. Sangat mencuit hati adalah apabila ditanyakan ‘Apa itu Covid’, jawapan adik comel ini sangat lain dari yang lain!

‘BAYANGKAN KALAU BETUL APA BUDAK NI CAKAP’

Ternyata ramai dalam kalangan netizen yang terhibur dengan jawapan diberikan oleh si cilik ini dan ada juga yang mengatakan bahawa kemungkinan teori yang disampaikan adalah betul.

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan bahawa kanak-kanak ini mungkin mempunyai masa depan yang cerah menggantikan wira negara kita iaitu Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah!

KEMAS | Cadang Buka Taska & Tabika Swasta Untuk M40

KEMAS | Cadang Buka Taska & Tabika Swasta Untuk M40Kementerian Pembangunan Luar Bandar bercadang membuka Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA), dan Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA).Butirannya bersama Juliana Sharin.

Posted by Buletin TV3 on Wednesday, July 1, 2020

Sumber: Buletin TV3, Hasrul Rizwan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×