Advertorial

Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan

38
SHARES

anmum-6

Adakah Gula Tersembunyi Dalam Susu Anak Anda?

Susu merupakan minuman yang penting dan memberi banyak manfaat untuk pertumbuhan kanak-kanak. Maka, tidak hairanlah ramai ibu bapa tidak akan berfikir panjang apabila ingin membeli susu tepung rumusan untuk kanak-kanak kerana ia dianggap salah satu makanan ‘baik’ untuk anak mereka.

anmum-4

Gula ‘Menyamar’ DenganPelbagai Nama Lain

Pernahkah anda memeriksa label yang terdapat pada susu tersebut? Adakah anda benar-benar yakin tiada gula tambahan yang terkandung di dalamnya?

Ini kerana gula tersembunyi tidak dilabelkan sebagai ‘gula’,sebaliknya anda berhadapan dengan nama saintifik yang mungkin mengelirukan anda. Antaranya termasuklah Fruktosa, GulaPerang, Maltodekstrin, Dekstrosa, Sukrosa, Pepejal Sirap Jagung, Pepejal Sirap Glukosa, dan Gula Putih. Banyak, bukan? Walaupun namanya berbeza, setiap daripada ini adalah salah satu nama gula yang ramai tidak tahu!

image003

Pengambilan Gula Berlebihan Menyumbang Kepada Masalah Jangka Masa Panjang Dan Pendek

Merujuk kepada Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-Kanak dan Remaja 2013 , jumlah gula tambahan yang disyorkan kepada kanak-kanak berumur 2-6 tahun adalah tidak lebih daripada 3 sudu teh sehari, manakala anak yang berusia 7-10 tahun pula adalah tidak melebihi 4 sudu teh sehari. Sebaliknya, kanak-kanak seawal usia prasekolah hari ini secara puratanya mengambil 7.6 sudu teh gula setiap hari – iaitu jauh melebihi saranan yang disyorkan!

Banyak kajian telah menunjukkan kesan-kesan buruk tentang pengambilan gula berlebihan di kalangan kanak-kanak untuk jangka masa panjang dan juga pendek. Kecuaian dalam memilih minuman atau makanan yang mempunyai gula berlebihan akan mengundang pelbagai komplikasi. Kanak-kanak yang mengambil terlalu banyak gula tambahan berpotensi mengalami obesiti, lebih-lebihlagi dengan gaya hidup yang kurang aktif dengan trend permainan gajet yang semakin berleluasa. Bukan itu sahaja, risiko karies gigi akan meningkat dan deria rasa mereka akan dipengaruhi untuk cenderung terhadap makanan manis.

Happy little girl finishing her homework and get applause from her parents at home

Periksa Label Susu Dengan Teliti

Melalui kesedaran ini juga, Anmum Essential telah melancarkan kempen ‘Ada Apa Dalam Susu?’ agar ibu bapa mula belajar untuk membaca label bahan-bahan yang terkandung di dalam susu tepung rumusan kanak-kanak, bagi mengenalpastikan gula tambahan. Video yang menghiburkan dan berinfomatif ini menunjukkan Adam, seorang kanak-kanak yang mempunyai perasaan ingin tahu yang menebal. Adam amat suka bertanya dan ingin menyiasat tentang apa saja perkara yang terdapat di sekelilingnya, termasuklah susu yang diminum oleh nya. Melalui pemerhatian dan sifat ingin tahunya ini, Adam mendapati bahawa sebenarnya terdapat gulatambahan yang tersembunyi di dalam susu kanak-kanak.

Tonton selanjutnya: https://www.youtube.com/watch?v=HhP6tMCgJ-0

anmum1

Anmum Essential Tanpa Gula Tambahan

Dengan pelbagai kesan sampingan daripada pengambilan gula tambahan yang membimbangkan ini, Anmum Essential ingin mengajak anda untuk menjadi pengguna yang lebih bijak dengan menggalakkan anda meneliti dan seterusnya membuat pilihan yang terbaik untukanak-anak anda. Ini bagi memastikan anda mendapatkan susu yang tiada sebarang gula tambahan. Anmum Essential adalah susu tepung rumusankanak-kanak TANPA sebarang gula tambahan, dan mengandungi semua khasiat penting yang diperlukan oleh tumbesaran anakanda, termasuklah nutrien penting untuk otak seperti GA dan DHA.

“Adalah penting untuk mengelakkan sebarang gula tambahan di dalam diet anak selama yang boleh. Banyak kajian saintifik yang membuktikan tindakan ini dapat menunjukkan kesan positif terhadap kelakuan dan kesihatan anak-anak. Akan tetapi, ibu bapa terlebih dahulu perlu sentiasa menyelidik dan mengambil tahu tentang gula dan jenis-jenis gula yang terdapat di dalam makanan dan minuman agar dapat membuat pilihan terbaik untuk anak mereka.” kata Irene Cheah, Pengurus Pemasaran Anmum di Fonterra Brands Malaysia.

anmum-essential

Pilihan Ibu Bapa Yang Prihatin

Jadi, adakah anda benar-benar yakin dengan susu yang diminum oleh anak anda sekarang? Jika tidak, periksalah label pada pek bungkusan makanan anak-anak dengan teliti. Dan jika anda masih ragu-ragu, bertukarlah kepada Anmum Essential yang telah diyakini ramai ibu bapa di Malaysia dan sudah semestinya tanpa gula tambahan!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×