Inspirasi

Anak Terengganu Guna Skil Lukis Mural Abadikan Wajah Wira Negara Tanda Terima Kasih, Cantik!

82
SHARES

Semenjak penularan wabak Covid-19, telah ada beberapa individu diangkat sebagai wira negara. Mereka juga merupakan pasukan yang berada di barisan paling hadapan petugas kesihatan dan keselamatan yang mampu mengendali pandemik ini dengan cemerlang.

Antara yang diangkat sebagai wira ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Selain menjadi wira negara, mereka juga sekarang merupakan kesayangan rakyat Malaysia.

Melalui perkongsian oleh Suhaimi Ali di laman Facebooknya, dia telah berkongsi gambar mural yang dilukisnya di sebuah dinding di Shah Alam. Dia yang merupakan seorang pelukis mural menggunakan lukisan tersebut sebagai tanda terima kasih kepada mereka.

Hasilkan Mural Sebagai Tanda Terima Kasih

Suhaimi Ali, seorang pelukis mural yang merupakan anak kelahiran Kuala Terengganu mengabdikan wajah kebanggaan negara itu melalui lukisan mural sebagai menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pandemik ini.

Dalam kapsyen yang ditulis oleh Suhaimi Ali di laman Facebook beliau, dia turut mengungkapkan rasa terima kasih tidak terhingga kepada barisan hadapan dan wira negara yang bertungkus-lumus mengawal Covid-19 dari awal sehingga menunjukkan penurunan yang ketara setakat ini.

Mural dengan wajah KDYMM, Seri Paduka Baginda YDP Agong dan Datuk Dr Noor Hisham telah dilukis oleh Suhaimi Ali dengan strok tona yang berbeza-beza namun kelihatan sangat kemas sehingga menjadi tular di media sosial.

Antara lakaran wajah lain yang turut kelihatan di sebelah potret mural Dr Noor Hisham adalah wajah Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri yang kini terkenal dengan jolokan Pak Long Mail oleh netizen.

Menerusi laman Facebook Suhaimi, dia juga sempat menunjukkan proses lukisan mural tersebut dibuat dan hasilnya begitu menakjubkan.
Lukisan mural tersebut dihasilkan di Taman Cahaya Alam seksyen U12, Shah Alam di belakang Restoran Isa Maju.

Lokasi tersebut pastinya bakal menjadi tumpuan orang ramai yang ingin bergambar bersama karya yang memaparkan sebahagian daripada lipatan sejarah negara.

Sumber : Suhaimi Ali

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×