Famili

Anak Tercekik Buah & Sayur, Rupanya Banyak Kes Kematian Kalau Tak Berhati-Hati!

59
SHARES
anak tercekik buah

ANAK TERCEKIK BUAH DAN SAYUR

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran adalah elemen yang penting dalam sistem makanan anak-anak. Hal ini kerana, makanan sebegini dapat memberikan khasiat yang banyak untuk tumbesaran mereka.

Namun, harus diingatkan bahawa terdapat juga kes kematian yang melibatkan anak-anak tercekik akibat makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Macam mana boleh jadi macam itu?

BAHAYA! BANYAK KES KEMATIAN AKIBAT TERCEKIK BUAH

Menurut Dr. Kamarul, walaupun mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran amatlah digalakkan dalam pemakanan seharian si manja, makanan ini juga boleh menjadi ‘musuh’ senyap yang boleh membawa maut!

tercekik buah

Jika tercekik buah seperti anggur atau ceri tomato yang utuh(whole) ia boleh menyekat salur pernafasan dan boleh membawa maut. Ada juga kes kematian akibat tercekik biji buah-buahan seperti mata kucing, laici, cempedak dan durian.

Oleh itu ibubapa hendaklah prihatin kepada perkara berikut:

1. Pilih buah buahan yang sesuai dengan umur anak anda. Mula dengan buah yang lembut dan tidak terlalu berserat.

2. Jika buah itu mempunyai biji yang keras, maka buangkan dahulu bijinya. Contoh: mata kucing, laici, cempedak, duku, langsat, dsb.

3. Buah kecil seperti anggur, hendaklah dipotong dua atau empat secara menegak(atas ke bawah). Jangan di belah melintang.

4. Buah besar, hendaklah dipotong pada saiz dan bentuk sesuai. Elok dipotong memanjang atau meleper.

5. Ibu bapa disarankan agar belajar teknik mengeluarkan bendasing yang tercekik di tekak secara teknik Heimlich.

anak tercekik buah

6. Telefon ambulans, atau bawa anak ke hospital dengan segera jika gagal mengeluarkan benda yang menyekat salur pernafasan.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×