Didik

Anak Tak Boleh Ambil Tempat Suami – Penjelasan Doktor Kenapa Perlu Asingkan Tempat Tidur Anak

2.5K
SHARES

Anda selalu biar anak tidur bersama? Lepas tu, si suami kena tidur luar bilik sebab nak bagi ruang untuk anak-anak tidur dengan isteri? Tak boleh sebenarnya dibiarkan begitu. Situasi sebegini selalu terjadi dalam kalangan masyarakat kita kerana sikap malas melatih anak-anak untuk tidur sendiri sejak dari kecil. Walaupun anak dah besar, masih mengadu takut nak tidur sendiri. Macam mana tu?

http://wtop.com/

http://wtop.com/

KATIL KITA, KITA PUNYA LAH

‘Saya tidur kat luar Doktor. Anak-anak tidur dengan isteri di dalam bilik.’

Tercengang saya mendengarkan seorang suami mengeluarkan ayat begitu. Aik??? Anak-anaknya sudah pun bersekolah, mengapa masih mahu menempel dengan ibunya.

Sebenarnya memang perkara ini selalu berlaku. Perkahwinan dibina di atas landasan kasih seorang lelaki dan seorang wanita. Kehadiran anak-anak tidak akan mengubah fakta yang ikatan antara suami isteri mesti mekar sentiasa. Maka, dengan tidur sekatil suami isteri itu tersangatlah pentingnya sehinggakan di dalam Islam, dinyatakan suami mempunyai hak ke atas tempat tidur.

http://www.mommyish.com/

http://www.mommyish.com/

Situasi yang selalu terjadi, suami balik ke rumah, isteri sibuk melayani anak-anak. Kalau isteri bekerja, kadang kala pulang lagi lambat dari suami. Sampai di rumah, dapur mesti berasap. Kain baju menunggu. Itu belum kira tugas mengemas rumah yang tiada berpenghujung. Suami juga menjengah di muka pintu, terus dikerumuni anak-anak. Suami isteri terlalu sibuk dengan tugas masing-masing. Kalaulah anak-anak dilatih untuk tidur awal (malangnya dalam 10 keluarga saya jumpa, 1 pun belum tentu anak-anak tidur awal), ada jugalah masa untuk menarik nafas lega seketika sebelum melelapkan mata.

Sudahlah begitu, di atas katil pun anak-anak bergelimpangan. Mana masa dan tempat untuk suami dan isteri? Mengapa kita ketepikan perkara yang sebenarnya sangat penting walaupun dipandang remeh oleh ramai orang. Dunia suami isteri bukan berkisar pada anak-anak sahaja. Bilik tidur utama memang dibuat untuk suami dan isteri.

http://www.melablog.it/

http://www.melablog.it/

Asingkan anak dari kecil

Kalau anak itu bayi sekali pun, bayi tidak boleh mengambil tempat suami di sebelah isteri. Isteri itu tempatnya di sebelah suami. Kalau isteri tidur dengan anak melekap di dada, di mana tempat suami? Suami dengan rasa prihatin walaupun terkilan, akan menjarakkan diri sedikit dari isteri. Bayi dari kecil mesti diasingkan dari katil suami isteri. Katil itu ekslusif untuk suami isteri. Letakkan katil bayi di sebelah katil. Bila cukup usianya, asingkan tempat tidur anak-anak dari ibu dan ayah.

http://www.safebee.com/

http://www.safebee.com/

Ajaran Islam juga ada menyentuh perihal mengasingkan tempat tidur antara ibu ayah dan anak-anak. Di dalam Al Quran ada firman Allah menyebut tentang mengasingkan tempat tidur di antara ibu ayah dan anak-anak (Surah an-Nur ayat 58). Yang saya ingin tekankan di sini ialah kepentingan menjadikan katil suami isteri itu sebagai satu-satunya tempat di dalam rumah yang tidak boleh dibenarkan anak-anak untuk menumpang tidur.

Anak-anak mesti dididik untuk menghormati katil ibu dan ayah. Di tempat yang satu itulah untuk suami isteri menyedari dan mengetahui yang sebuah rumah tangga itu tidak akan sempurna tanpa cinta yang tiada kurangnya walaupun sudah bertahun-tahun berlalu. Di dalam budaya Melayu sekali pun, selain dari pelamin, kalau bab mengadakan majlis perkahwinan, menghias bilik pengantin itu bukan perkara dipandang enteng.

http://www.goodtherapy.org/

http://www.goodtherapy.org/

Jangan terlampau manjakan anak

Isteri, anak-anak mesti dibenarkan membesar. Tidak kira bagaimana sekalipun kita mahu menyekat mereka dari meningkat usia, mereka tetap akan membesar. Lepaskan mereka untuk mereka tidur sendiri. Benarkan diri kita berehat. Tidur itulah satu-satunya masa untuk kita berehat. Dengan adanya anak-anak tidur sekatil yang selalu lasak lagaknya bila tidur, tidak mungkin kita mendapat tidur yang sempurna.

mindfulmiablog.wordpress.com

mindfulmiablog.wordpress.com

Suami, bertegaslah di dalam mendidik anak-anak untuk tidur sendiri. Katil itu hak kita dan bukan untuk anak-anak. Mereka ada tempat mereka sendiri dan mereka mesti menghormati privasi kita.

Artikel ini adalah hasil penulisan dari Dr. Rusyainie Ramli di laman Facebook milik beliau. Semoga dapat dijadikan panduan dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berguna.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×