Famili

Anak Nak Main Bunga Api, Sekali Motorsikal Yang Dibakar…

21
SHARES
anak bakar motorsikal

Menjadi lumrah bila musim perayaan nak dekat, mesti anak-anak nak main bunga api bukan? Bila dah bagi kebenaran untuk anak-anak menceriakan suasana dengan bunga api, ibu bapa mestilah memantau mereka supaya insiden yang tidak diingini tidak berlaku.

Berbeza pula dengan insiden yang dikongsikan oleh ayah ini dimana anak-anaknya yang disangka hanya bermain bunga api, rupa-rupanya ‘membakar’ sekali motorsikalnya! Aduhai anak…

ANAK MAIN BUNGA API, RUPANYA SEKALI MOTORSIKAL DIBAKAR

Peristiwa pagi ni..,anak nak main bunga api. Sekali terbau bau hangit. Tengok kat luar moto dh berasap. Selamba dorg baka moto den. Sape ade set repsol minta pm den plz.

Suspek bakar moto den dah dapat ditangkap. Hukuman diberikan.kono jadi imam bawak terawikh malam ni.

NASIB BAIK TAK KENA TANK

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi dari warganet yang berasa lucu dan juga ada yang berasa risau. Ada juga komen yang mengatakan bahawa mereka bernasib baik kerana tidak bakar bunga api di bahagian tangki minyak motorsikal tersebut.

Bukan itu sahaja, ini menjadi peringatakan buat ibu bapa supaya memantau aktiviti anak-anak terutamanya ketika mereka bermain bunga api.

Sumber: Razwan Ruslan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×