Asuh

Anak Mudah Terkejut, Tak Boleh Dengar Bunyi. Ketahui Apa Maksud Dan Cara Mengatasinya

2.8K
SHARES

Bunyi tapak kaki sikit, anak terkejut dari tidur. Malah sampai tak boleh ada apa-apa bunyi langsung ketika anak sedang tidur, kalau tidak mulalah mereka menangis. Jika anak-anak anda mengalami situasi sebegini, inilah yang dinamakan hipersensitif bunyi. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai situasi ini, jom kita baca perkongsian ini.

ANAK HIPERSENSITIF BUNYI

Bagi susu, tak nak. Bagi biskut, tak nak. Bagi mainan, tak nak.  Bagi buku, tak nak.  “Ketuk” perut, tak kembung.  Makin dipeluk, makin meronta.

http://blog.thebabyspot.com.au/

Tadi saya makan di kedai makan steamboat sebab teringin nak makan tomyam thai, selalunya saya akan pilih meja hujung dan tak ramai orang tapi kali ini terpaksa duduk betul-betul di sebelah dapur jenis terbuka . Anak saya, Eva memang sangat suka makan dan “excited” bila tahu masa untuk makan. Tapi hari ini dia meragam, menjerit dan menangis tak tentu pasal macam kena dera.

Semua “modal” dah keluar tapi Eva masih mengamuk. Cara terakhir, saya bawa Eva keluar dari kedai sebab orang lain dah pandang lain macam. Tiba-tiba Eva diam dan senyum. Bila saya masuk semula sebab makanan dah sampai, Eva mengamuk semula. Takut juga ada “something” dalam kedai itu.  Baru saya teringat yang Eva memang hipersensitif bunyi sejak lahir. Bunyi-bunyi dari dapur terbuka menakutkan dan “mendera” deria pendengarannya.

Tanda-tandanya

www.thealternativedaily.com

1. Kalau tidur dalam keadaan senyap, pantang ada bunyi sikit hatta kain bergesel, jalan macam ninja pun boleh terjaga.

2. Takut dengan bunyi mesin seperti “vacuum cleaner” dan blender.

3. Mudah terkejut dengan bunyi, kadang-kadang mummy dengan papa tiba-tiba ketawa kuat pun dia boleh terkejut dan menangis ketakutan.

4. Sangat peka dengan sekecil-kecil bunyi yang ada dimana-mana, contohnya bunyi construction, pintu atau binatang.

5. Mudah terganggu dan kadang-kala takut dengan bunyi yang berterusan seperti bunyi kipas, “aircond”, air menitik atau hujan.

6. Walaupun tinggikan suara sedikit semasa bercakap, akan menangis seperti didera dan dimarahi.

www.thealternativedaily.com

Tanda-tanda di atas memang ada pada Eva tetapi semakin berkurangan melalui terapi dengan mummy-nya. (Nasib baik) . Anak yang ada hipersensitif pendangaran memang sangat peka dengan bunyi. Mereka boleh mendengar sekecil-kecil bunyi. Tentang ini memang ada pros and cons:

PROS:

Anak akan mudah memahami arahan, mudah respon serta mengikut bunyi.

CONS:

Boleh menyebabkan risiko kelewatan bercakap jika selalu disogok dengan bunyi yang tidak bermakna dan tidak penting.

TIPS MENGATASI

1. “Auditory Filtering”

www.tmb.ie

Kebolehan menapis bunyi ataupun “auditory filtering” bagi anak bawah 2 tahun selalunya memang dalam “pembinaan” lagi. Maka, mereka akan dengar dan serap semua bunyi yang ada. Untuk anak jenis hipersensitif pendengaran, jika 24 jam diberi input pada deria pendengaran memang menyebabkan masalah untuk anak mengenal dan menapis bunyi. Cuba bayangkan betapa penatnya deria pendengaran anak jika terlampau banyak bunyi dalam satu masa sampai satu tahap anak tapis semua bunyi menyebabkan mak ayah panggil pun tak menyahut.

2. Hormat dan fahami anak

drsunnyimwang.wordpress.com

Jika mak ayah dapati anak dalam kategori ini, dinasihatkan untuk hormat dengan deria pendengaran anak yang sangat sensitif. Walaupun bagi mak ayah “alah, bunyi blender pun nak takut”, tapi bagi anak ia umpama ada speaker bunyi blender di sebelah telinga. Hormat dan beri sokongan pada anak semasa anak takut dengan sesuatu bunyi.

3. Beri masa

http://www.scarymommy.com/

Beri anak masa untuk membiasakan dengan bunyi yang baru dan menakutkan bagi mereka, elakkan menakut-nakutkan anak kerana boleh menyebabkan trauma.

4. “Kawan” dengan punca bunyi

www.cheatsheet.com

Kalau anak takut dengan “vacuum cleaner:, mak ayah pegang-pegang “vacuum cleaner” dan ajak anak pegang sekali ambil sebut nama mesin. Jangan memaksa, beri anak masa untuk “berkawan” dengan punca bunyi yang menakutkan itu.

5. Beritahu sebelum buka punca bunyi

www.shutterstock.com

Kira 1 hingga 10 sebelum buka “vacuum cleaner” atau apa-apa mesin yang menakutkan supaya anak bersedia untuk menerima bunyi.

6. Elakkan menengking anak

www.mnn.com

Anak kategori ini mak ayah tak perlu pun marah atau tegur menggunakan suara yang terlalu kuat, kadang-kadang dengan cara berbisik pun anak boleh dengar.

7. Elakkan TV dan gadget semasa umur bawah 18 bulan

http://www.essentialbaby.com.au/

Saya mempunyai banyak kes kelewatan bercakap disebabkan anak hypersensitif pendengaran tetapi mak ayah dedahkan dengan tv atau gadget 24 jam. Sayang sangat tak gunakan deria pendengaran anak yang sensitif untuk meningkatkan skil bahasa anak. Jangan terkejut bila saya katakan anak yang dalam kategori ini mempunyai potensi belajar pelbagai bahasa jika mak ayah didik dengan cara yang betul.

*Maka, dalam mendidik anak sangat penting untuk mak ayah tahu “pattern” anak sebelum menghukum anak. Macam kes Eva tadi, akhirnya kami terpaksa makan bergilir-gilir.

Sumber : Maryam Jamadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×