Musim cuti sekolah kembali lagi! Ibu bapa dekat luar tu sudah ada plan ke nak bawa anak-anak berhibur dan bercuti. Jangan pening kepala, kami senaraikan tempat-tempat menarik untuk seisi keluarga di sekitar Lembah Klang lengkap dengan panduan video!
1. Nextgen Themepark, 1 Utama
Merupakan taman tema edutainment terbesar di Malaysia dengan 5 zon menarik seperti “entertainment, engagement, empowerment, experience dan enrichment”. Antara aktiviti best dekat sini ialah trampoline zone, rock climbing, bubble bang, arcade zone dan macam-macam lagi.
Harga tiket Nextgen Themepark untuk cuti sekolah RM55 (dewasa) RM45 (kanak-kanak)
Lokasi : S603-S610, 2nd Floor, 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya, Selangor
2. Teja Studios @MaTic
Sesuai untuk ibu bapa yang nak buat aktiviti kreatif dengan anak-anak. Dekat sini ada aktiviti seni dan kraf seperti mewarna dan mencanting batik serta aktiviti seni tie-dye, linocut, resin dan membuat lilin.
Harga aktiviti di Teja Studios bermula dari RM20 sehingga RM70. Lokasi ini strategik dengan kemudahan pengangkutan awam dan mestilah view KLCC!
Lokasi : MaTic, Jalan Ampang, 50450, Kuala Lumpur
3. Utama Prawning, Bandar Utama
Jom beriadah seisi keluarga dengan melakukan aktiviti memancing udang galah dan udang harimau. Mancing udang sebanyak mungkin dengan harga RM35/jam. Yang bestnya, staf-staf boleh tunjuk ajar cara untuk mancing dengan betul.
Lepas makan, boleh petik sayur segar dari kebun dan makan “steamboat” dengan udang segar hasil tangkapan sendiri. Boleh rilek dengan family sambil makan-makan hanya di Utama Prawning!
Lokasi : (antara Avante Hotel & Shell) Persiaran Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
4. Petrosains, The Discovery Centre
Kini tampil bersama pameran baru lengkap dengan bunyi dan visual berdefinisi tinggi. Petrosains ingin mewujudkan persekitaran untuk generasi muda semarakkan rasa ingin tahu dengan teknologi masa depan melalui pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM).
Bagi ibu bapa yang mendedahkan anak dengan dunia sains & teknologi. Petrosains lah tempat patut dituju!
Harga tiket cuti sekolah bermula dari RM12 (kanak-kanak) dan RM25 (dewasa)
Lokasi : Petrosains Twin Tower, Level 4, Kuala Lumpur City Centre, 50088, KL