Siapa sahaja yang tidak ngeri jika bertemu binatang-binatang berbisa terutama sekali ular. Jika salah sedikit tingkah laku kita, mahu dipatuknya dan sudah pasti bisa ular dapat memudaratkan nyawa. Baru-baru ini seorang ibu ada berkongsi di laman Facebook, dimana anaknya berhadapan dengan situasi dipatuk ular ketika berbasikal di halaman rumah.
Kejadian tersebut berlaku terhadap anaknya yang berusia tiga tahun bernama Sumayyah, pada waktu pagi selepas mereka bersarapan.
ANAK NGADU SAKIT KAKI INGATKAN JATUH BIASA, RUPA-RUPANYA….
“Pagi tadi, lepas sarapan, dia nak keluar rumah main basikal. Keluar sorang-sorang. 10 minit lepas tu dia cakap sakit kaki. Ingatkan dia jatuh atau seliuh biasa.
“Bawak dia masuk nak mandi. Lepas mandi rasa macam tak sedap hati, keluar tengok kat basikal, ada kepala ular keluar kat penutup rantai basikal dia,” kongsinya.
Tanpa membuang masa, si ibu kemudiannya melibas ular berkenaan menggunakan kayu sehingga mati. Wanita itu kemudiannya segera menghubungi si suami pulang dari kerja dan membawa anak mereka ke hospital. Kongsinya, ular itu dipercayai spesies ular kapak bakau.
“Saya duduk kawasan Gelang Patah, Johor. Sini memang banyak kawasan bakau. Ramai bagitahu ular kapak bakau,” ujarnya sambil berkongsi gambar kesan patukan ular tersebut.
BISA ULAR TAK MEREBAK
Kongsinya, gambar itu diambil selepas Sumayyah dipatuk ular, namun ketika itu dirinya belum mengesyaki apa-apa. Selepas mendapatkan rawatan di hospital, keputusan ujian darah Sumayyah didapati negatif.
“Keputusan darah paling terbaru jam 8 pm tadi. Alhamdulillah negatif, bisa tak merebak ke atas, tapi bisa kumpul turun ke tapak kaki.
“Kakinya bengkak sampai lutut. 6 jam sekali ambil darah buat ujian nak periksa takut darah ada bisa atau ada darah beku. Selagi bengkak tak surut, pakar akan terus buat susulan,” katanya.
*Jadi, ibu bapa kena pantau betul-betul anak ketika bermain tu ya, periksa dahulu barang permainan anak.
Sumber: Hj. Bunga Besi