Famili

Anak Batuk & Selesema, Ibu Kongsi Kisah Trauma ‘Berkampung’ Di Hospital

22
SHARES

Setiap hari ada sahaja kes berkaitan kanak-kanak dikejarkan ke hospital akibat demam dan batuk on off. Perkara itu sudah tentunya merisaukan ibu bapa jika anak-anak dimasukkan ke hospital.

Itulah yang dilalui oleh seorang ibu bernama Nad Masrom apabila terpaksa ‘berkampung’ di hospital kerana dua orangnya demam dan batuk.

Baca juga: Pengalaman Demam Influenza A, Sakit & Perit Mengalahkan Kena Covid-19

ANAK BATUK & SELESEMA, IBU KONGSI KISAH TRAUMA

Jelasnya, kedua-dua anaknya mengalami bronchopneumonia dan sebelum dimasukkan ke hospital, anaknya muntah dan sangat kekurangan air dalam badan.

Musim ramai anak-anak tak sihat. Saya sendiri dah berkampung di hospital minggu lepas bila Fatimah dan Ali alami bronchopneumonia. Trauma bila nak cerita tentang ni. 

Sebelum masuk hospital, Fatimah batuk, demam turun naik, muntahkan semua makanan, minuman termasuk ubat. Dan Fatimah dehidrated. Hospital memang kebanyakan full masa ni. 

Ali juga alami simptom yang sama cuma peringkat awal dan saya minta wardedkan sekali. Walaupun diuji, tapi saya bersyukur dapat jaga anak-anak dalam satu bilik bersama suami. 

Ali cepat recover. Saya terus menyusukan Ali dengan kerap di hospital. Selepas hari ke-2 dapatkan rawatan, barulah nampak aktif dan selera makan ada semula. 

SENTIASA ALERT DENGAN KEADAAN ANAK

Sentiasa alert dengan keadaan anak kita yang masih kecil terutama bayi. Mungkin kita rasa mereka demam biasa. Tapi mungkin juga dah ada jangkitan yang kita tak sedar.

Segeralah dapatkan pemeriksaan doktor. Dan musim sekarang ni, kalau boleh elakkan bawa keluar anak-anak ya. Tunggu reda semua. Nanti kita jalan-jalan semula. Saya doakan semoga anak-anak sahabat dan followers saya yang lain juga diberi kesembuhan.

Jika bayi masih menyusu, teruskan menyusu dengan kerap. Kerana susu ibu mengandungi antibodi yang membantu kesembuhan bayi selain ubat-ubatan yang diberikan.

Hati ibu ni paling rapuh bila berkaitan anak. Usahlah menambah serba salah si ibu bila pertikai apa sahaja yang ibu buat. Contohnya tak perlu pertikai kalau ibu tu nak dapatkan rawatan di hospital mana sekali pun.

Kerajaan atau swasta, ibu pasti dah fikirkan yang terbaik. Kita lindungi anak-anak kita. Biarlah orang nak kata kita terebih paranoid, asalkan kita tahu mana yang terbaik untuk mereka.

Sumber: Facebook Nad Masrom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×