Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, bukan sahaja ibu bapa malah anak-anak yang makin membesar pun terperangkap di dalam rumah. Tahukah anda bahawa, kecenderungan untuk anak-anak murung dan stres adalah lebih tinggi dari orang dewasa?
Hal ini kerana, sepanjang proses membesar, mereka perlu terdedah dengan keadaan persekitaran untuk ‘explore’ benda baharu. Namun, bila situasi berubah menjadi sebegini pergerakan dan imaginasi mereka tersekat dalam sekitar kawasan rumah sahaja. Ini juga termasuk kepada kanak-kanak autisme yang ternyata perlu diberikan perhatian yang lebih.
ANAK AUTISME BOLEH RIADAH DENGAN SYARAT
Untuk pengetahuan anda, proses pembelajaran atau terapi luar untuk anak-anak autisme adalah dibenarkan oleh kerajaan ketika tempoh PKP. Namun, adalah perlu diingatkan bahawa tiada sebarang aktiviti berkumpulan dibenarkan dan hanya seorang waris sahaja perlu bersama.
Sekadar berkongsi untuk parent-parent. bagi anak-anak kita ada kelonggaran waktu PKP ni. Bagi yang ada anak-anak autisme dan OKU dibenarkan oleh Majlis Keselamatan Negara untuk beriadah terapi.
1.Pagi 7.00 – 9.00
2.Petang 5.00 – 6.00
Hanya seorang penjaga sahaja dibenarkan. Sila bawak Kad OKU. Nak menjawab senang. Tu pentingnya kad ni, ada setengah malu dan segan dan mohon kad ni.
Tidak dibenarkan melakukan aktiviti secara berkumpulan. Untuk kepastian sila rujuk link ni www.mkn.gov.my. Bulan ni adalah bulan kesedaran Autism sedunia, tepat pada masa untuk aku embrace masyarakat tentang autism ni.
*Paling penting adalah jaga kebersihan dan balik terus mandi dan cuci baju tau!
Sumber: Udey Ismail