Famili

Anak Asyik Menggaru Akibat Kulit Kering? Jangan Stres, Boleh Cuba 7 Cara Ini.

3.9K
SHARES

Siapa ada masalah kulit sensitif, sangat kering atau eczema? Stress kan bila datang rasa gatal tu, asyiklah tergaru-garu! Kita yang dewasa ni pun dah tahu macam mana seksanya bila berkulit kering, apatah lagi kanak-kanak.

Kadang-kadang bila tengok mereka menggaru, sampai menangis-nangis sebab luka dan pedih. Alahai, hati ibu bapa mana yang tahan tengok kan..Dengan cuaca panas dan udara yang tak berapa bersih di Malaysia ni, kadang-kadang boleh buatkan ibu bapa risau nak bawa anak mereka keluar rumah.

Risau kalau panas sangat, nanti mesti berpeluh, lepas tu kulit akan jadi gatal. Bermacam-macam cara dah cuba, tapi kulit si manja, masih belum lega dari kegatalan, kering dan pedih.

Haa..jangan runsing-runsing, jom baca antara alternatif lain yang anda boleh cuba untuk melegakan masalah kulit kering dan eczema pada si manja. Selamat mencuba!

KAWAL PERGERAKAN TANGAN ANAK DARI MENGGARU

Tahu tak kenapa bayi dipakaikan dengan mittens? Haa..salah satu sebabnya adalah untuk elak si manja dari mencakar mukanya sendiri. Perasan tak, bila tinggalkan anak sekejap untuk ke tandas, tiba-tiba, mukanya dah ada kesan cakar dan mittens pun dah tercabut!

Eczema dan kegatalan pada kulit tak dapat dipisahkan. Sebab tu, anda kena selalu pastikan anak anda tidak menggaru kulit mereka dengan kuku. Bimbang kesan kuku yang tajam tu mampu melukakan kulit dan menjadikannya lebih teruk.

Oleh itu, salah satu cara untuk elakkan dari anak anda menggaru, pakaikan mittens yang bergetah dan sedikit ketat untuk elakkan dari mudah tercabut. Ataupun, kerapkan membedung si manja agar pergerakannya sedikit terbatas. Bukan sahaja anak tidak akan menggaru, siap boleh tidur lena lagi!

PILIH JENIS FABRIK YANG SESUAI

Percaya tak, jenis fabrik yang dipakai juga sebenarnya memainkan peranan terhadap keselesaan si manja. Antara jenis fabrik yang sesuai dengan masalah eczema adalah kapas, sutera dan micro-fibre.

Selain selesa, fabrik jenis kapas juga dapat membuatkan kulit bernafas, manakala ciri anti bakteria semulajadi yang terdapat pada sutera sangat membantu dalam mengurangkan risiko jangkitan eczema.

Fabrik dari jenis micro-fibre pula adalah lebih baik daripada fabrik kapas dan sutera kerana fabriknya yang sangat lembut dan lebih penyerapan membantu dalam mengurangkan kegatalan kulit.

Jadi, lepas ni, banyakkan membeli pakaian yang berfabrik kapas, sutera dan micro-fibre ya!

JANGAN BIARKAN ANAK BERJEMUR DI BAWAH MATAHARI!

Kulit kanak-kanak eczema ni sangatlah sensitif! Bila berpeluh, mulalah kulit mereka kering dan gatal. Masa ni, mesti mereka tak berhenti menggaru! Bila garu, kulit mereka akan melepuh dan lebih teruk, berdarah!

Kasihan kan? Oleh itu, semasa berada di luar, hindarkan anak anda dari duduk secara terus di bawah pancaran matahari dan lindungi mereka di tempat yang teduh. Jangan lupa bawa payung tau!

NAK BERENANG DI KOLAM RENANG? BOLEH..TAPI…

Kanak-kanak memang pantang nampak air. Nampak je kolam renang, terus mintak nak terjun. Tapi, bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah kulit kering dan eczema, berenang di kolam renang yang berklorin harus dielakkan. Eh..kenapa pula?

Kandungan klorin dalam kolam renang boleh membuatkan kulit anak anda menjadi lebih kering dan merekah. Tapi, macam mana kalau anak tetap berdegil nak mandi di kolam renang?

Sekiranya anak anda mandi di kolam renang yang berklorin, seeloknya, segera mandikan dengan air bersih dan selepas itu sapukan pelembab yang bersesuaian dengan kulitnya. Ingat, jangan terlampau kerap biarkan anak anda mandi di kolam renang ya!

JANGAN SEMBUR PERFUME DI KULIT ANAK!

Setengah ibu bapa suka bila anak mereka comel berbedak, berpakaian cantik dan semestinya berbau harum. Lepas tu pulak, siap sembur perfume kegemaran dekat anak. Ada yang sampai belikan minyak wangi dan cologne untuk anak-anak! Eh..boleh ke?

Hmm..nak berwangi-wangi tu boleh, tapi pastikan kondisi kulit anak tu dulu. Tambah-tambah anak yang berkulit sensitif tu. Bukan apa, terdapat pelbagai bahan kimia yang terdapat dalam sebotol perfume tu. Boleh jadi, bahan kimia tersebut akan menyebabkan kulit anak lebih kering dan rosak.

JANGAN BIARKAN ANAK BERKUKU PANJANG!

Haa.. ini adalah salah satu punca utama kenapa eczema anak anda menjadi lebih teruk. Anak yang tengah membesar ni memang sukar dikawal. Tambah-tambah yang tengah belajar merangkak, berdiri dan berjalan.

Ada sahaja benda yang dicapainya! Di benda yang dipegangnya pula terdapat pelbagai kotoran dan kuman, seterusnya melekat di kuku si manja. Lepas tu, bila kulit gatal, mereka akan garu sekuat hati dengan kuku yang panjang dan kotor tu.

Bukan sahaja boleh menyebabkan luka, malah akan membuatkan eczema merebak ke tempat lain. Sedikit tips, kalau anak anda meronta-meronta taknak potong kuku, lakukan semasa mereka sedang nyenyak tidur. Mesti mereka tak sedar!

JANGAN RUNSING..JOM KAMI BOCORKAN SATU RAHSIA!

Selain semua tips di atas tu, jom cuba Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash dan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Moisturizer!

Untuk pengetahuan anda, Cetaphil Restoraderm adalah rangkaian penjagaan kulit pertama dengan teknologi Filaggrin™. Ia dirumus khas untuk membantu menangani masalah kulit kering dan sering gatal, yang merupakan simptom kulit eczema!

Jadi, semasa mandi, gunakan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash, di mana, teksturnya yang bukan berasaskan sabun tidak akan merengsakan kulit, sekaligus membuatkan kulit lebih lembut. Kemudian, sapukan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Moisturizer supaya kulit lebih lembap sepanjang hari. Kedua-keduanya sangat membantu dalam menangani masalah kulit eczema.

Yang paling penting, produk ini juga sesuai dan selamat digunakan untuk bayi.

Selain itu, anda memang tak perlu ragu-ragu dengan Cetaphil Restoraderm, kerana ia dipercayai oleh pakar dermatologi, disyorkan oleh para doktor dan secara klinikal terbukti dalam melegakan gatal, menghidrat dan membantu mengekalkan kelembapan kulit anak anda.

Bukan tu je, satu kajian membabitkan ibu bapa dengan anak mereka yang mempunyai masalah eczema telah dilakukan dan mereka telah menggunakan Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Body Wash serta Cetaphil Restoraderm Skin Restoring Moisturizer sekali sehari selama 4 minggu berturut-turut.  

Hasilnya adalah seperti di bawah, di mana kami dapati, 8 daripada 10 ibu bapa ingin terus mengamalkan penggunaan Cetaphil Restoraderm terhadap anak mereka!

Kami percaya, setiap ibu bapa hanya mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Usah runsing lagi dan cubalah Cetaphil Restoraderm hari ini, untuk keselesaan dan kulit yang lebih sihat buat si manja!

Tapi, harus diingatkan, sekiranya masalah kulit anak anda berterusan dan serius, sila dapatkan nasihat dari doktor pakar.

Untuk memahami lebih mendalam lagi tentang eczema, jom tengok video dari pakar dermatologi, Dr. Mazlin.

Layari Facebook Cetaphil atau cetaphil.com.my untuk maklumat lanjut.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×