Hebahan

Fasa Peralihan Monsun: Amaran Ribut Petir & Hujan Lebat Mulai 24 September Ini – MET Malaysia

824
SHARES

Peringatan buat rakyat Malaysia khususnya yang sering terlibat dengan kerja-kerja luar,  Siaran Media oleh Jabatan Meteorologi Malaysia bertarikh 22 September 2020 telah mengumumkan bahawa fasa peralihan monsun dijangka bermula pada 24 September 2020 ini dan berterusan sehingga awal November 2020.

Menurut kenyataan tersebut, dalam tempoh ini langit biasanya cerah pada waktu pagi dan kawasan di rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai hala yang kondusif untuk pembentukan awan ribut petir pada sebelah petang.

SIARAN MEDIA: PERMULAAN FASA PERALIHAN MONSUN#peralihanmonsun#metmalaysia#kementerianalamsekitardanair

Posted by Malaysian Meteorological Department on Monday, September 21, 2020

Ribut Petir & Hujan Lebat Beserta Angin Kencang

Jabatan Meteorologi Malaysia mengingatkan orang awam bahawa semasa fasa peralihan monsun ini, keadaan cuaca yang lazim berlaku adalah ribut petir dan hujan lebat beserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan negeri-negeri di pantai Barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta kawasan barat dan tengah Sarawak.

Keadaan ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan struktur yang tidak kukuh.

Walau bagaimanapun, taburan hujan di semua negeri dijangka berada pada paras purata pada sepanjang tempoh peralihan monsun ini.

amaran ribut petir september 2020

Langkah Keselamatan Semasa Ribut Petir

Justeru itu, orang ramai disaran supaya mengamalkan langkah keselamatan semasa ribut petir, antaranya:

  • mengelak daripada berada di kawasan lapang
  • menjauhi struktur yang tidak kukuh
  • tidak menyentuh objek besi, barang atau kabel elektrik semasa berlakunya ribut petir

Orang ramai juga boleh mendapatkan makluman ramalan cuaca terkini melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial Jabatan Meteorologi Malaysia (Facebook, Twitter, dsb), RakanMET dan Hotline Jabatan Meteorologi Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×