Rakyat

Amaran Air Pasang Besar, Jauhi Kawasan Pantai 8-10 Oktober Ini

944
SHARES

Penduduk di kawasan pesisir pantai di daerah ini disaran agar berwaspada sepanjang fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku dari 8 Oktober hingga 10 Oktober ini.

Antara kawasan yang terbabit ialah Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata MPKL akan menggerakkan anggotanya untuk membuat pemantauan di kawasan tersebut yang telah dikenal pasti mengalami limpahan air laut.

Difahamkan MPKL juga telah mengeluarkan notis amaran bagi peniaga-peniaga di sekitar kawasan yang terlibat bagi memastikan keselamatan.

air pasang besar

Sumber foto: Orang awam

Amirul Azizan berkata, berdasarkan jadual air pasang surut, daerah ini dijangka mengalami paras air tertinggi pada 8 hingga 9 Oktober ini dengan ketinggian 5.6 meter sekitar pukul 6.30 pagi hingga 7.40 pagi.

Tambahnya, keadaan pada Ahad pula menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan paras air tertinggi hanya pada 5.4 meter pada jam 8.13 pagi.

amaran air pasang besar

Kata Amirul Azizan, ekoran fenomena itu, MPKL menutup kawasan peranginan pantai dan kemudahan-kemudahan awam seperti medan selera dan kiosk di Pantai Kelanang, Pantai Baru Morib, Pantai Morib, Taman Harmoni Morib, Istana Bahagia Morib, Pantai Batu Laut, Pantai Chunang dan Jeti Tanjung Sepat.

“Orang ramai khususnya penduduk di daerah ini diingatkan agar tidak memasuki serta tidak menjalankan sebarang aktiviti air, riadah dan rekreasi di kawasan terlibat pada tarikh tersebut,” katanya.

Sumber: SelangorKini

Bagaimana Fenomena Air Pasang Besar Boleh Terjadi?

Air pasang surut terjadi disebabkan oleh putaran bumi dan tarikan graviti bulan.

Air pasang besar pula biasanya terjadi semasa bulan penuh atau anak bulan.

Apabila kedudukan matahari, bumi dan bulan dalam keadaan selari, fenomena air pasang besar akan terjadi.

Banjir hanya berlaku apabila air pasang besar disertai dengan angin kuat dan hujan lebat.

Kalau ada pertahanan persisiran pantai, kenapa banjir air pasang boleh berlaku?

Ini kerana:

1. Terdapat faktor-faktor alam yang meninggikan aras air. Perubahan cuaca boleh memberi kesan dalam masa hadapan.
2. Ban-ban yang terjejas atau pecah semasa air pasang.
3. Keterhadan rekabentuk asal struktur pertahanan persisiran pantai.
4. Faktor-faktor manusia, seperti pintu air tidak di tutup, bekalan kuasa untuk pam terputus, dan sebagainya.

Tindakan Yang Perlu Diambil

Banjir air pasang telah di ramal dan terdapat masa untuk membuat persiapan boleh dijangka.

Bila ada satu perancangan, masa yang ada boleh digunakan untuk selamatkan harta, mengurangkan kerugian and baik pulih selepas itu dapat dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Rujuk infografik di bawah untuk maklumat lanjut:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×