Amalan berpantang selepas bersalin sudah menjadi normal dan perkara wajib bagi semua orang. Mereka berpendapat dengan berpantang mampu menjaga badan dan boleh memberi manfaat pada hari tua.
Walau bagaimanapun, ada juga segelintir individu memilih untuk tidak berpantang dan mempunyai sebab tersendiri. Menurut Dr Muhammad Izzat di laman Twitter, terdapat 15 amalan berpantang patut dipatuh oleh ibu-ibu di luar sana. Jangan abaikan ok.
Baca juga: Berapa Lama ‘Gap’ Untuk Hamil Lagi? Ini Jawapan Pakar
DOKTOR KONGSI 15 AMALAN BERPANTANG YANG BETUL SELEPAS BERSALIN
Nak tahu macam mana cara berpantang yang betul selepas bersalin? Jom kita baca penerangan yang diberikan oleh seorang doktor. Sangat berguna.
1. PANTANG MEROKOK
Berhenti merokok. Suami berhenti merokok. Semua yang merokok dalam umah tu suruh berhenti rokok
2. PANTANG MAKANAN
Kalau tak ada allergik, makan macam biasa. Makan secara sihat dan pilih makanan berkhasiat.
3. PANTANG LIMIT AIR
Minum air mencukupi, air panas air sejuk air suam. Minum je, tkde masalah. Segala air yang masuk dalam dan ibu akan bertukar ikut suhu badan ibu. Ibu minum air sejuk, tak tukar susu badan jadi ice blended pun. Jangan risau.
4. PANTANG MAKAN BERLEBIHAN
Pantang makan terlalu banyak garam, Pantang makan atau minum manis-manis, Pantang makan makanan berproses, Pantang makan junk food. Untuk seumur hidup, Bukan 44 hari, 100 hari atau 1000 hari.
5. PANTANG MAKAN UBAT/PRODUK KURUS
Pantang makan ubat/produk kurus. Nak kurus cepat – Susu badan!
6. PANTANG BERSAMA DENGAN SUAMI
Tunggu darah nifas kering dulu. Harap bersabar.
7. PANTANG MENYENTUH LUKA TANPA CUCI TANGAN
Nak luka cepat sembuh, ikut cakap doktor dan cakap misi. Makcik bawang suruh sapu manjakani, kunyit, serbuk cili ke apa, abaikan.
8. PANTANG TIDAK MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Dah kenapa tak mandi masa berpantang? Hobi eh?
9. PANTANG PAKAI BENGKUNG KETAT-KETAT
Pantang pakai baju atau bengkung ketat-ketat di atas luka, sehingga luka sembuh. Nak pakai kain atau seluar ke tkde masalah. Memana ibu suka dan selesa. Nak pakai seluar pun dipandang semacam berdosa besar.
10. PANTANG MERAWAT DIRI SENDIRI
Darah nifas banyak, sakit perut yang teruk, demam, buah dada bengkak, nifas berbau busuk, rasa nak pitam semua jumpa doktor. Jangan tanya dekat facebook atau twidder nak buat apa. Yang acah-acah jadi doktor pun kena jauhi.
11. PANTANG TAK BERJALAN & BARING SAHAJA
Pantang tidak berjalan dan baring memanjang. Lagi banyak berjalan, lagi aktif, lagi cepat ibu pulih. Risiko darah beku (thrombosis) pun kurang.
12. PANTANG DARI BIARKAN ORANG RAMAI DATANG RUMAH
Pantang dari biarkan orang ramai sepupu sepapat datang umah. Bagi peluang ibu nak berehat. Nak susukan baby pun susah orang tak putus-putus datang.
13. PANTANG BELI PRODUK SALAH
Pantang beli produk-produk yang anda tidak mengetahui bahan kandungannya atau kesan sampingannya. Tak perlu makan jamu.
14. PANTANG BAGI BABY MAKANAN ATAU MINUMAN
Pantang bagi baby makanan atau minuman melainkan susu ibu atau susu formula khas untuk baby atau ubat yang dinasihatkan oleh doktor. Susu ibu makanan terbaik untuk baby. Lepas 6 bulan da boleh start makanan pejal.
15. PANTANG MEMBERIKAN TEKANAN PERASAAN PADA IBU
Pantang memberikan tekanan perasaan pada ibu dengan memaksa ibu berpantang dan elakkan makanan-makanan berkhasiat seperti pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan yang baik untuk kesihatan.
Paling penting, pantang dari menyakitkan perasaan ibu dengan mengecam segala perbuatan dan kehendak ibu. Apa dia nak buat, kita support. Apa dia nak makan, biarkan dia makan.
Ibu perlu happy ketika berpantang. Jangan takutkan ibu dengan segala macam benda yang tak berasas. Berpantang bukan tempoh seksaan untuk ibu.
Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat