Teknologi

Tak Perlu Cucuk Lagi, UPM Cipta Alat Pengesan Jaundis Digital Untuk Hilangkan Trauma Bayi

14.7K
SHARES

Penyakit jaundis atau kuning memang cukup sinonim dengan bayi baru lahir. Walaupun ia jarang memberi kesan bahaya, tapi ibu-ibu tentu rasa kasihan bila terpaksa melihat bayi dicucuk setiap kali sampel darahnya diambil.

Mana taknya, sampai ada yang berbekas-bekas dan lebam di kaki dan tangan bila kerap sangat kena ambil sampel darah. Kulit bayi pula sangat sensitif dan fragile!

Terkesan dengan hal ini, seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia, Nadiah Rozlan telah menghasilkan sebuah alat yang pastinya menggembirakan ibu-ibu. Inovasi produk yang dimakan Bilitec (singkatan untuk Bilirubin Detector) itu telah direka cipta untuk mengesan tahap bilirubin tanpa menggunakan sampel darah.

Menarik kan? Jom ketahui 5 perkara tentang alat istimewa ini.

5 Perkara Menarik Tentang Inovasi Bilitec, Alat Pengesan Jaundis Digital

1. Menggunakan Teknologi Imbasan

Berbeza dengan cara konvensional yang menggunakan sampel darah untuk mengesan tahap bilirubin, Bilitec menggunakan teknologi ‘spectrophotometer’ dengan melakukan imbasan pada kulit bayi atau mata bayi.

Dengan teknologi ini, bayi tak perlu lagi dicucuk untuk diambil sampel darah mereka dengan kerap.

demam kuning bayi

Foto Kredit: gspkdesign.ltd.uk

2. Rekabentuk Kompak, Ringan & Mudah Dikendalikan

Bilitec telah direka dengan bentuk yang kompak, ringan, mudah dipegang dan beroperasi melalui sentuhan skrin.

Satu perkara yang menarik perhatian saya secara peribadi, ianya dikatakan sangat user friendly dan boleh dikendali dengan mudah oleh pihak institusi kesihatan ataupun ibu bapa.

Foto Kredit: Noor Azreen Awang via www.upm.edu.my

3. Turut Didatangkan Dengan Mobile App

Selari dengan kecanggihan internet dan peranti elektronik, Bilitec juga didatangkan dengan aplikasi yang membolehkan pengguna merekodkan tahap bacaan bilirubin terus ke penyimpanan cloud secara automatik.

Semua rekod ini boleh menjadi bahan rujukan yang pantas dan tepat apabila diperlukan tanpa melalui sistem manual.

4. Keputusannya Pantas

Selain dapat memendekkan proses dan melangkau proses ‘cucuk’ yang menggerunkan, keputusan bilirubin juga dapat diketahui dengan pantas – iaitu dalam masa beberapa saat sahaja. Canggihnya!

bacaan kuning bayi

Foto Kredit: Noor Azreen Awang via www.upm.edu.my

5. Telah Memenangi Banyak Anugerah

Menurut penyelidik yang bertanggungjawab membangunkan produk tersebut, Bilitec kini dalam proses ditambah baik dan sedang dibangunkan lagi.

Setakat ini, Bilitec telah memenangi anugerah Best Internet of Things (IOT) di pameran Sustainable Environmental Exploration Design (SEED) 2018 anjuran UPM bersama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) yang bertemakan ‘Industrial Revolution 4.0’ tahun ini, dan terpilih menyertai pameran Sustainable Tropical Environmental Design Exhibition (STEdex) 2018 di Galeri Serdang, UPM.

Foto Kredit: New Kids Center (AP Photo/Michael Conroy)

Semoga Ia Dapat Direalisasikan!

Wah, teruja sungguh dan sangat berharap produk sebegini dapat direalisasikan. Kalaulah ianya dapat diimplementasikan di klinik-klinik kerajaan, kuranglah trauma mak-mak bila terpaksa bawa anak check kuning, kan?

Semoga produk dan inovasi sebegini mendapat sokongan daripada pihak-pihak berwajib supaya ia dapat dimajukan dan dimanfaatkan untuk kebaikan bersama.

 

*Sumber berita : Laman Web Rasmi Universiti Putra Malaysia

To Top
SKIP THIS AD ×