Hebahan

3 Helah Yang Selalu Orang Guna Untuk Ambil Gambar, Yang Last Tu Paling Tak Boleh Terima

Biasa nampak gambar kawan selfie dengan background cantik kat media sosial? Kadang-kadang terfikir, macam mana mereka buat ya. Kreatif betul. Mungkin mereka minta tolong orang lain untuk buat background tu nampak cantik?

Sebenarnya ada helahnya! Meh kami kongsikan. Sebenarnya senang nak ambil gambar dengan background cantik. Memang nampak real. Jom tengok! Bolehlah cuba nanti dengan anak-anak.

Barang diperlukan: Bingkai Gambar, Daun/Ranting, Ais, Lampu LED

Cuba anda tengok gambar di atas. Nampak macam real kena timbun dengan ais. Padahal tak pun. Caranya cuma letak ais dan daun/ranting di atas bingkai gambar. Terus dapat hasil macam tu. Cantik bukan?

Malas nak cari daun/ranting yang cantik? Hehe. Tak apa. Gantikan dengan lampu LED pun boleh. Dapat hasil macam gambar di atas. Cantik juga!

Kalau masih tak faham, boleh tengok video di bawah ni. Lagi teliti.

vivo V11 | V11i x Baby Shima

Learn useful photography techniques with vivo and Baby Shima !!Stand a chance to win vivo exclusive merchandise, share us your most creative photo at comment session below.3 winner will be announce at Oct 17. Grab your V11 | V11i now at www.vivostore.com.my !#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #AICamera #PerfectShot

Posted by Vivo on Monday, 8 October 2018

Barang diperlukan: Lampu Suluh, Kaca Lut Sinar, Lampu LED

Gambar pertama nampak macam seluruh badan kena pancaran laser bukan? Sebenarnya anda hanya perlukan cahaya penuh dengan warna berlainan untuk dapat kesan yang lebih berseri. Ni pun pakai lampu LED sahaja.

Nak kesan pelangi macam dalam gambar di atas? Anda cuma perlu pancarkan lampu suluh pada kaca lut sinar. Serongkan kaca lut sinar tu ke kiri atau ke kanan. Terus ada pelangi. Tak pernah terfikir langsung.

Tengok video di bawah kalau nak lebih faham tentang caranya ya.

Selfie series (2) : vivo V11 | V11i

Learn useful photography techniques with vivo Malaysia and Kah Mun !! Stand a chance to win exclusive merchandizes by Like & Share this video !!P.S. 3 lucky winners will be seleted and announced at Oct 18th. Grab your V11 | V11i now at www.vivostore.com.my !#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #AICamera #PerfectShot

Posted by Vivo on Tuesday, 9 October 2018

Barang diperlukan: Pembalut Plastik, Penyembur Air

Gambar ni paling tak boleh terima. Agak-agak pakai barang apa? Memang terkejut. Guna pembalut plastik dan penyembur air sahaja, dah dapat hasil gambar cantik macam ni. Memang kreatif.

Caranya? Semburkan air pada pembalut plastik. Kemudian, pegang pembalut plastik tu dalam jarak 12 inci daripada muka anda. Akhir sekali, snap!

Tak faham juga? Hmm, tengok sahaja video di bawah ni. Lagi senang.

Selfie series (3) : vivo V11 | V11i

Learn useful photography techniques with vivo Malaysia and Evonne !! Stand a chance to win exclusive merchandizes by Like & Share this video !!P.S. 3 lucky winners will be seleted and announced at Oct 19th.Grab your V11 | V11i now at www.vivostore.com.my !#vivoMalaysia #vivoMY #V11 #AICamera #PerfectShot

Posted by Vivo on Tuesday, 9 October 2018

Nak gambar lagi cantik, tangkap guna Vivo V11/V11i

Haa.. Kalau nak gambar lagi cantik, gunalah Vivo V11/V11i. Model terbaru oleh Vivo ini dilengkapi dengan kamera AI yang membawa rakaman sempurna untuk anda. Boleh selfie banyak-banyak lepas ni. Hasil memang puas hati.

Paling unik tentang Vivo V11, ia dilengkapi dengan pengimbas cap jari pada skrin. Ni teknologi terbaru tau. Kalau nak unlock, hanya sentuh guna jari sahaja. Memang mudah sangat!

Vivo V11 mempunyai Skrin Paparan Super AMOLED dan kedua-dua Vivo V11/V11i dilengkapi dengan Paparan Halo Halo FullView. Untuk prosesornya pula, Vivo V11 dilengkapi dengan Snapdragon 660 AIE dan 6GB RAM manakala Vivo V11i dilengkapi dengan MediaTek P60 dan 4GB RAM.

Rekaan Vivo V11/V11i ni memang cub habis. Ada dua warna yang anda boleh pilih, Starry Night (Hitam) atau Nebula (Biru). Tengoklah mana yang anda suka. Dua-dua pun nampak cantik.

Paling best, kedua-duanya ada 128GB ROM. Storage yang besar bukan? Boleh simpan gambar dan video banyak-banyak. Fuh!

Untuk info lebih lanjut, boleh ke laman web vivo Malaysia (http://www.vivo.com/my) atau Vivo Store (https://www.vivostore.com.my/single-product.php?p=38).

Jangan lupa cuba guna barang-barang tadi untuk tangkap gambar okay? Bolehlah tangkap gambar dengan anak-anak lepas ni dengan Vivo V11/V11i. Serius gambar nampak lagi cantik, tak tipu.

Yang Popular

To Top