Hebahan

Alamilah Sentuhan Kelembutan Semulajadi

12
SHARES

BETADINE® Lancar Rangkaian Penjagaan Wanita Terbarunya, Buih dan Cecair Cucian Wanita BETADINE®

  • BETADINE® beri pencerahan berhubungsalah tanggapan mengenai produk penjagaan wanita menerusi penganjuran satu perbincangan bersama Pakar Perunding Kanan Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar.

  • Matlamat kempen ini adalah untuk mendidik kaum wanita mengenai kepentingan menggunakan produk penjagaan wanita dan menjaga kesihatan faraj.

betadine_feminine-care-range

BETADINE®, jenama yang dipercayai di seluruh dunia telah melancarkan rangkaian BETADINE® Daily Feminine Wash Foam  dan BETADINE® Daily Feminine Liquid Wash telah dicipta khas untuk melengkapi kegunaan kebersihan dalaman kaum wanita setiap hari. Formulasinya yang lembut menjadikan ia sesuai digunakan setiap hari dimana ia dicipta secara eksklusif untuk menjaga bahagian  intimasi dan sensitif kaum wanita. Pelancaran produk ini juga menyaksikan BETADINE® berkolaborasi dengan  Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar yang memberikan nasihat kepakarannya terhadap isu pandangan salah yang biasa berlaku terhadap penjagaan kesihatan dalaman wanita termasuk penjagaan sebelum dan selepas bersalin.

BETADINE® Daily Feminine Wash merangsang kesimbangan pH semulajadi di bahagian intimasi di mana ia membantu menjaga persekitaran yang sihat untuk bakteria baik yang melindungi dan menentang ketidakselesaan bahagian intimasi wanita. Turut menyediakan pelbagai perlindungan lengkap yang lain, BETADINE® Daily Feminine Wash juga dianggap produk kebersihan paling komprehensif  untuk kaum wanita yang mempunyai gaya hidup aktif. BETADINE® juga telah melancarkan kempen berguna ini yang dilihat turut memberi panduan dan gakakan kepada kaum wanita untuk mempraktikkan penggunaan produk kebersihan bahagian intimasi mereka.

BETADINE® mendidik kaum wanita mengenai kepentingan penjagaan bahagian intimasi dan mengekalkan kebersihan faraj,” kata Suresh Pragasam, Pengurus Besar, MundiPharma Pharmaceuticals Sdn Bhd. “Menyediakan  rangkaian lengkap  produk yang sesuai dengan keperluan kaum wanita, kami juga mahu menyediakan khidmat nasihat kepada wanita terhadap penjagaan kebersihan wanita yang tidak sekadar mengenai rutin kebersihan bahagian intimasi.”

datuk-dr-nor-ashikin-speaking-the-betadine-feminine-launch

Pengetahuan Mengenai Kebersihan dan Penjagaan Dalaman Wanita adalah Kunci untuk Menepis Pandangan Salah Mengenai Isu Penjagaan Kebersihan

“Penjagaan bahagian intimasi seringkali dipandang remeh dan kebanyakan isu yang berkait rapat sentiasa dipandang ringan sehingga ia menjadi semakin buruk. Selain lambakan produk kebersihan yang sedia ada, kebanyakan kaum wanita tidak gemar bercakap mengenai penjagaan kerbersihan wanita dan sering mencari informasi mengenai hal daripada sumber yang mempunyai pandangan yang berbeza,” kata  Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar. “Akibatnya, maklumat yang diperolehi mereka mungkin tidak membantu dan kebanyakan mereka akhirnya menggunakan produk yang tidak dicipta khas untuk menjaga kebersihan bahagian intimasi.”

“Lebih 40% pengguna wanita menggunakan sabun biasa atau cecair pencuci badan untuk bahagian intimasi mereka[1]. Ia menjadi satu isu penting dimana produk-produk ini, khususnya gel dan sabun wangian mampu menjejaskan keseimbangan bakteria dan pH di bahagian itu[2]. Malah, ketidakseimbangan pH dan bakteria sihat boleh menyebabkan simptom pelbagai seperti kegatalan, bau yang tidak menyenangkan dan keputihan[3]. Boleh dikatakan, tiga daripada empat wanita mempunyai pengalaman dan masalah ini[4],” katanya.

Memandangkan sabun badan adalah bukan merupakan penyelesaian sempurna bahagian intimasi dan mampu menyebabkan ketidakseimbangan nilai pH, Datuk Dr Nor Ashikin menasihatkan kaum wanita untuk bijak memilih produk yang kaya dengan kandungan semulajadi dan prebiotik dalam usaha melindungi bahagian intimasi daripada pelbagai simptom yang tidak diingini yang berkait rapat dengan ketidakseimbangan pH.

datuk-dr-nor-ashikin-speaking-about-maintaining-vaginal-health

Sentuhan Kelembutan Semulajadi Hanya dengan Satu Pengepaman

Menyedari kandungan semulajadi adalah penting dalam membentuk keyakinan dan keselesaan kaum wanita, BETADINE® Daily Feminine Wash Foam  dan BETADINE® Daily Feminine Liquid Wash merangsang persekitaran optimum untuk pertumbuhan bakteria sihat. Diformulasikan dengan Tri-Care™, yang merangkumi Immortelle, SyriCalm™, and Deoplex®, dengan prebiotik, ia mengekalkan persekitaran yang sihat buat bahagian intimasi wanita untuk memberikan keseimbangan pH semulajadi[5].

Immortelle (ekstrak Helichrysum italicum) memiliki sejarah kukuh sebagai bahan yang digunakan untuk tujuan perubatan. Ia juga didatangi dalam pelbagai penyediaan antimikrobial  dan merupakan bahan antioksida semulajadi yang memperbaiki kerosakan radikal dan merangsang pertumbuhan sel. Immortelle bertindak sebagai antioksida semulajadi yang membantu meningkatkan kelembapan semulajadi kulit[6].

SyriCalm™ (ekstrak Phragmites communis ) merupakan bahan aktif yang melegakan permukaan kulit dan mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit. SyriCalm™ turut mengurangkan erythema, melegakan kegatalan dan melindungi serta memperbaiki masalah lain di bahagian intimasi wanita[7].

Deoplex® (ekstrak Sacharromyces) merupakan bahan ekstrak semulajadi yang meneutralkan bau yang tidak menyenangkan. Deoplex® turut mengandungi enzim yang menyediakan pelbagai fungsi yang membantu menyahkan bau kurang menyenangkan[8].

betadine-launch-2-l-r-shino-datuk-dr-nor-janethi-dr-liew

Untuk mengukuhkan formula Tri-Care™, BETADINE® Daily Feminine Wash mengandungi prebiotik yang dikenali sebagai Biolin dapat membantu merangsang pertumbuhan bakteria baik dan melindungi bahagian intimasi wanita. Prebiotik adalah bahan yang merangsang pertumbuhan bakteria baik dan ia biasanya boleh didapati dalam madu, pisang, bawang putih, bawang merah dan serat.  Biolin pula menyediakan bahan kesuburan untuk bakteria baik yang membantu pertumbuhan semulajadi mereka. Selain mengekalkan keseimbangan pH yang optimal, Biolin turut menyokong dan memberi fungsi imun dan melindungi bakteria jahat daripada terbentuk.

Dr Liew Fah Onn, Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi dari Hospital Assunta  yang juga bekas presiden Persatuan Menopos Malaysia berkata, “Memandangkan terdapat jangkitan yang boleh dihapuskan dan pertumbuhan tidak normal bakteria yang berkaitan dengan keadaan yang lebih serius[9], BETADINE® Daily Feminine Wash dapat mengekalkan persekitaran yang sihat untuk merangsang pertumbuhan bakteria baik dan menyediakan perlindungan untuk menentang ketidakselesaan bahagian intimasi menerusi kebaikan tiga bahan semulajadi tersebut yang dicipta secara unik dalam formulasi Tri-Care™[10].”

Serlahkan Keyakinan Anda dengan BETADINE® Daily Feminine Wash Foam

Dianggap sebagai produk penjagaan kebersihan wanita yang unik,  BETADINE® Daily Feminine Wash Foam memiliki format pengepaman buih yang direka khas untuk memudahkan pengguna wanita. Selain mudah digunakan, pam tersebut menjimatkan dalam setiap kali kegunaan dan tekstur  buihnya juga sangat mewah dan lembut pada kulit.

“Diperkukuhkan dengan latarbelakang saintifik kami dalam bidang kajian penjagaan kebersihan intimasi wanita, kami bekerjasama dengan doktor dan pakar-pakar dalam bidang ini agar dapat memberikan manfaat kepada kaum wanita yang tidak terhad sekadar isu kebersihan,” kata Suresh. “Menerusi latarbelakang kami yang kuat dan kepercayaan yang diberikan oleh pakar kesihatan yang profesional termasuk pengguna dari seluruh dunia, kami menyasarkan untuk terus menyediakan pelbagai rangkaian formulasi yang komprehensif untuk memberikan banyak pilihan rangkaian penjagaan intimasi khusus buat wanita yang mencari perlindungan dan penjagaan yang terbaik pada diri mereka.”

Kedua-dua produk ini  boleh didapati pada harga RM30.90/RM19.90 (250ml/100ml) untuk BETADINE® Daily Feminine Wash Foam dan RM32.90/RM9.90 (300ml/50ml) untuk BETADINE® Daily Feminine Liquid Wash di semua rangkaian farmasi dan kesihatan yang bertauliah di serata negara.

betadine_daily-feminine-liquid-wash-and-wash-foam

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai produk BETADINE® Daily Feminine Wash, boleh layari laman sesawang myfemcare.com.my atau hubungi bahagian khidmat pelanggan di talian +603 7946 0606.

LAMAN WEB my.betadine.com/my/home
LAMAN MIKRO myfemcare.com.my
FACEBOOK www.facebook.com/BetadineMalaysia
HASHTAG #HonestyEmpowersUs #BETADINEMY #BETADINEFeminineCare

 

Mengenai Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd

Kami mengambil pendekatan berbeza dalam bisnes di Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd. Kami tidak memiliki model perniagaan farmasi tradisional. Inovasi dan semangat keusahawanan adalah apa yang membawa kepada kejayaan yang kami raih selama ini.

Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd memulakan operasinya pada tahun 2004. Kami mula menjadi sebuah syarikat terkemuka untuk pengurusan kesihatan selangkah demi selangkah. Kami bekerjasama secara dekat dengan orang awam dan pembekal penjagaan kesihatan swasta bagi menyokong, mengembang dan memberikan keperluan penjagaan kesihatan yang berpatutan buat semua pengguna dan pesakit di  Malaysia.

Kami sasarkan untuk terus mengembangkan usaha kami dalam pengurusan kesihatan, haematological oncology, antisepsis/bahagian bedah dan perubatan respitori menerusi penghasilan produk-produk baru dan perniagaan yang dilihat bersesuaian dengan fokus misi dan visi therapeutik Mundipharma.

Mundipharma Pharmaceuticals Sdn Bhd sangat komited  ke arah prinsip `Bring More to Life’. Kami secara konsisten menyediaan produk yang berkualiti tinggi sejajar dengan prinsip yang dipegang.

 

Mengenai BETADINE®

Rangkaian perubatan BETADINE® megandungi  Povidone-Iodine yang dipercayai oleh kebanyakan hospital di seluruh dunia sejak 60 tahun lalu untuk menghalang dan merawat jangkitan. Merupakan jenama yang dipercayai oleh para pengguna di rumah untuk merawat luka kecil, sakit tekak, jangkitan bahagian intimasi dan untuk meredakan kesakitan.

Dalam kajian In-Vitro, menunjukkan perubatan BETADINE® mengandungi Povidone-Iodine mampu membunuh kebanyakan bakteria, virus dan kulat termasuk pertumbuhan antibiotik yang mampu menyebabkan jangkitan. BETADINE®  mempunyai empat kategori produk utama iaitu menerusi Penjagaan Luka, Penjagaan Intimasi Wanita, Penjagaan oral dan tekak serta pelbagai rawatan jangkitan penyakit buat pengguna.

® : BETADINE didaftar dibawah tanda nama Mundipharma

® : DeoPlex adalah tanda nama Carrubba Inc

TM : Tri-Care dan SyriCalm CLR (PC)  juga telah didaftarkan.

 

[1]The Nielsen Company. Feminine Hygiene Product Usage and Attitudes Report. 2013.

[2]Keeping your vagina clean and healthy. NHS Choices. January 2015. http://www.nhs.uk/Livewell/vagina-health/Pages/keep-vagina-clean.aspx. Accessed August 3, 2016; Priestly CJ, Jones BM, Dhar J, Goodwin L. What is normal vaginal flora. Genitourin Med 1997; 73: 23-28; Schwebke JR, Richey CM, Weiss HL. Correlation of behaviors with microbiological changes in vaginal flora. J Infect Dis 1999; 180: 1632–6.

[3]Korenek P, Britt R, Hawkins C. Differentiation Of The Vaginoses-Bacterial Vaginosis, Lactobacillosis, And Cytolytic Vaginosis. The Internet Journal of Advanced Nursing Practice. 2002 Volume 6 Number.

[4]IPSOS. Gyno-Betadine Brand Performance Dipstick Study. July 2015.

[5]BIOLIN Cosmetic Prebiotic. Gova Ingredients Research and Trading

[6]Sala A, Recio M, Giner RM, Máñez S, Tournier H, Schinella G, et al. Anti-inflammatory and antioxidant properties of Helichrysum italicum. J Pharm Pharmacol 2002; 54:365–71.

[7]SyriCalm™ CLR (PC). Chemisches Laboratorium.

[8]Safety Assessment. Dermatest GmbH. January 2016; DeoPlex® Natural Deodorizing Active. Carrubba.

[9]Martino J, Vermund S. Vaginal Douching: Evidence for Risks or Benefits to Women’s Health. Epidemiol Rev 2002; 24(2): 109–124.

10BETADINE® Feminine Wash Foam. Product label

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×