Rakyat

Alami Komplikasi Kandungan, Wanita Hamil 7 Bulan Meninggal Dunia Dalam Kereta

94
SHARES

Ajal, maut dan jodoh, segalanya telah ditentukan oleh Allah S.W.T. Kita sebagai hamba tiada kuasa untuk menolak malah perlu menerimanya dengan hati yang terbuka kerana semuanya telah tertulis. Ujian yang diberi juga bukanlah suka suka diberi, malahan ada hikmah disebaliknya.

Begitu juga dengan nasib seorang lelaki ini. Melalu perkongsian Mohd Redzuan Abdul Manap di laman Twitternya, dia telah memuat naik satu cerita sedih berkenaan sebuah keluarga kecil dimana ketua keluarga tersebut bukan sahaja kehilangan seorang tetapi dua ahli keluarganya apabila isterinya yang sedang mengandung disahkan meninggal dunia. Lebih menyayat hati apabila dia tidak berada disisi isterinya ketika kejadian berlaku.

Suami Naik Rumah Ambil Dokumen

Wanita yang sedang hamil itu menunggu didalam kereta ketika suaminya naik ke rumah untuk mengambil segala dokumen perubatan. Ini kerana mereka perlu ke hospital setelah di rujuk klinik berhampiran.

Lebih menyedihkan, wanita tersebut meninggal dunia didalam kereta di kawasan parkir rumahnya yang terletak di Kota Damansara. Difahamkan wanita tersebut mengalami komplikasi dengan kandungannya. Kegembiraan suami ingin menyambut ahli keluarga baharu bertukar kesedihan apabila kejadian itu berlaku dan lebih bertambah sedih apabila isteri kesayangannya juga pergi buat selama-lamanya.

Tambahan lagi, usia kandungan tersebut telah berusia 7 bulan dan keluarga kecil ini mempunyai seorang lagi anak kecil.

Sumber : Mohd Redzuan Abdul Manap

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×