Rakyat

Alahan Siti Sarah Teruk & Oksigen Menurun, Shuib Risau Anak Dalam Kandungan

78
SHARES

Umum tahu mengenai dugaan yang menimpa keluarga pelawak dan penyanyi terkenal, Shuib dan Siti Sarah di mana telah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai yang lalu.

Namun, menerusi ruangan Instagram milik Shuib, dia memberitahu bahawa isteri tercintanya dikejarkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kerana tahap oksigen yang semakin menurun.

Baca juga: Ibu Tunggal Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Tinggalkan 6 Orang Anak…

SEPATUTNYA POTONG GELANG SEMALAM

Menurut laporan Harian Metro, pengurusnya, Nana Mohamad memaklumkan ibu kepada tiga cahaya mata itu seharusnya memotong gelang kuarantin pada semalam. Namun, Sarah mengalami batuk serta alahan yang agak teruk sehingga tahap oksigennya menurun.

Shuib juga membuat satu posting di Instagram memohan doa agar bayi dalam kandungan Sarah dilindungi selain mengharapkan segala urusannya dipermudahkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

“Assalamualaikum semua. Saya mohon doakan isteri saya Siti Sarah bt Raissuddin. Doakan semoga dia dan anak dalam kandungan diberi kesihatan kembali dan dipermudahkan segala urusan. Allah Maha Segalanya.” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ruangan komen juga dibanjiri dengan rakan artis yang turut bersimpati dengan keadaan Sarah dan mendoakan agar segalanya dipermudahkan serta dilindungi oleh Allah SWT.

Sumber: Harian Metro & Instagram Shuib 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×