“Dah lama dekat rumah ni, nak buat aktiviti apa pula dengan anak-anak?”
Sudah pasti memang anak-anak akan merasa bosan apabila ‘terperap’ di dalam rumah dalam tempoh yang lama. Sudah habis rancangan kegemaran di televisyen sudah ditonton. Jadi, terdapat satu perkongsian aktiviti yang dikongsikan oleh ibu ini dimana beliau membuat aktiviti kedai runcit sebagai ‘umpan’ untuk anak-anak membantu buat kerja rumah.
Apa yang lebih menarik, aktiviti ini tidak menggunakan gajet dan dapat melatih anak lebih cekap dalam urusan jual beli. Selain itu, bila si ibu mintak tolong anak-anak, mereka pun tidak berkira untuk membantu.
AKTIVITI TANPA GAJET DENGAN ANAK, BUKA ‘KEDAI RUNCIT’
Hye. Akak nak cerita sikit aktiviti 3 Powerpuff girl di dalam rumah sepanjang PKP. Idea ni dari oversea. Menarik juga la. Sambil Bantu Umi dia Dan dapat duit ganjaran. Satu petang akak pergi beli biskut,air kotak,sedikit keropok,roti. Semua no faveret anak anak. Hari pertama diorang bangun pagi. Dan akak tunjukan mini market dalam petak almari.
Diorang memang exsaited. Tapi no no no. Bukan semua boleh terus makan. So akak tunjukan aktiviti sepanjang berada di dalam rumah. Dan tunjuk berapa ganjaran sorang boleh dapat. Disebabkan akak Tak de duit saidina dalam rumah . Akak tukarkan stiker sebagai duit.
Hari pertama memang rajin semuanya. Berebut nak buat. Tapi akak agihkan semua kerja. Buat biar setimpal yang diterima. Bukan basuh pinggan Dua keping je baru dapat. Tapi bukan. Akak saje kumpulkan banyak. Berbaloi sikit. Tak de la sewenang nak bagi.
BARULAH ANAK TAK BERKIRA BILA BUAT KERJA RUMAH
Cara macam ni memang senang dari sebelum ni. Puas la suruh tolong Umi dia kemas rumah. Bila suruh sidai baju. Ada yang Tak puas hati suruh tolong sama. Bila Tak tolong , sorang geram Dan membebel . Ni perangai sikembar la. Mesti kene panggil sama juga kalau nak buat kerja.
Kedai mini ni akak buka setiap pukul 5 hingga 7malam. So sehari sekali je buka. Tapi Hari ketiga akak buka malam. Sebab diorang lapar. Dan bila solat 5 waktu dapat kumpul banyak ganjaran. Akak bagi waktu lepas isya. Tu yang buka malam je sekarang ni.
Sepanjang 4 Hari buat ni. Wafa sayang nak belanja duit dia sendiri.sampai rm500 lebih baru la dia nak membeli secara sikit.Yang si kembar setiap hari membeli. Selama 5 Hari buat aktiviti ni. Diorang jarang minta hp nak tengok 5 minute craft. Bila akak offer. Nak tengok Tak. Dia kata Tak nak. Nanti duit ganjaran abis. Sebenarnya Ada banyak aktiviti yang lain. Tapi akak Tak sempat nak ambil gambar basuh pinggan,lipat baju.
Terima kasih sudi baca akak punya aktiviti. Bersama anak sepanjang pkp. Korang buat la macam ni dekat anak anak. Memang berbaloi. Masih banyak Masa Kita buat aktiviti ni bersama anak anak. Wafa sendiri cakap. Abis pkp nanti sambung la aktiviti ni ye Umi. Ok Umi onz je.
*Boleh juga try aktiviti ini dengan anak-anak di rumah.
Sumber: Syahirah Hanie