Hebahan

Jatuh Ketika Makan, Otak Bayi Di China Ini Tertusuk Chopstick Sepanjang 15cm

322
SHARES

Sudah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak yang baru boleh berjalan untuk ‘explore’ dengan kawasan sekeliling. Inilah masanya untuk ibu bapa juga mengetatkan kawalan terhadap mereka supaya kurang terdedah dengan bahaya. Maklumlah, ada sahaja barang yang mahu digapai oleh anak-anak kecil ini.

KANAK-KANAK DI CHINA TERTUSUK CHOPSTICK KE OTAK

Terbaharu di China, apabila seorang kana-kanak berusia 1 tahun dikejarkan ke hospital kerana otaknya telah ditusuk dengan chopstick melalui mulutnya. Menurut Oriental Daily, bayi berusia 1 tahun tersebut berlari-lari sambil memegang chopstick di tangannya selepas disuap oleh si ayah.

Malang tidak berbau apabila bayi tersebut yang masih belum stabil berjalan jatuh dan menyebabkan chopstick tersebut tertusuk melalui mulutnya.

CHOPSTICK SEPANJANG 2CM

Selepas dikejarkan ke hospital, doktor turut mengesahkan bahawa sebahagian chopstick sepanjang 2cm telah tertusuk ke dalam bahagian otaknya.  Bukan sahaja sudah tertusuk di bahagian internal jugular vein, malah lebih mengeruhkan keadaan adalah mereka juga menjumpai nasi di chopstick tersebut.

Namun, dengan pertolongan dari pihak hospital dan kepakaran barisan doktor, chopstick tersebut dapat dikeluarkan melalui pembedahan dan kanak-kanak tersebut masih menjalani rawatan rapi di hospital tersebut.

Sumber : Oriental Daily

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×