Didik

Boleh Hafal Hadis & Terjemahan Al Quran Dengan Lancar, Adik Kecil Ini Curi Tumpuan Orang Ramai

201
SHARES

Ibu bapa mana yang tidak mendambakan anak-anak yang bijak dalam pelajaran kan? Bukan itu sahaja, pelajaran dalam segi didikan agama juga turut diutamankan. Orang kata melentur buluh biarlah dari rebungnya. Inilah apa yang dibanggakan oleh sorang wanita yang berkongsikan video sepupunya yang masih kecil, menterjemah dan menghadal hadis. Hebatnya!

Walaupun berusia masih kecil, kanak-kanak ini memukau ramai pengguna Twitter yang kebanyakkannya sudah dewasa dan masin belum dapat menghafal hadis dengan lancar.

SUKA BACA HAFAZAN BERULANG KALI

Video di laman Twitter ini mendapat perkongsian sebanyak 18 ribu dan kebanyakkan pengguna sangat berbangga dengan ilmu si kecil ini. Apa yang anda dapat lihat, adik ini dapat membaca dan menterjemah hafalan secara satu persatu dan sangat jelas setiap butir katanya.

Beliau juga turut berkongsikan di Twitter dimana ibu kepada adik yang belajar di Taska Pasti ini memberitahu bahawa aktivitinya setiap kali pulang dari taska adalah mengulang dan membaca terjemahan hadis. Sejuk perut ibu mengandung.

ORANG RAMAI PUJI

Ternyata, perkongsian video ini di Twitter mendapat pujian orang ramai. Rata-rata orang mendoakan adik ini untuk terus maju dalam mencari ilmu sebegini.

Sumber : Hanisah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×