Hebahan

Aira Residence Beri Definisi Baharu Kepada Gaya Hidup Mewah

23
SHARES

Semakin ramai yang mengetahui status elegan Damansara Heights. Pada hari ini, Selangor Properties Berhad (SPB) mempamerkan projek perumahan mewahnya yang pertama selepas 10 tahun, iaitu ‘AIRA Residence’.

image-6

Projek Pembangunan Mewah Pertama Selangor Properties Bhd

Berucap ketika majlis pelancarannya, Chong Koon San, Ketua Pegawai Operasi SPB berkata, “Dalam usaha kami yang berterusan untuk mencari kesempurnaan, tercetuslah AIRA Residence yang dibina berlandaskan visi kami untuk mencapai status pemaju premium. Melalui AIRA Residence, kami menyediakan pengalaman yang melangkaui jangkaan dan memberi erti gaya hidup mewah sebuah definisi baharu.”

Tersergam indah di Jalan Batai, Damansara Heights, dua menara AIRA Residence menampilkan pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Suasana gaya hidup mewah diserlahkan lagi dengan sentuhan tiga pereka terkemuka dunia iaitu Piet Boon dari Studio Piet Boon untuk reka bentuk dalaman, Franklin Po dari Tierra Design untuk seni bina landskap; dan Alen Nikolovski dari Aedas untuk reka bentuk seni bina.

image-4

Menampilkan Kemasan Terperinci Dan Gaya Hidup Mewah

Menara A yang dilancarkan pada hari ini menempatkan 105 unit kediaman dari keluasan 2,679 kaki persegi sehingga 7,730 kaki persegi. Setiap kediaman disempurnakan dengan pelbagai ciri untuk memenuhi keperluan gaya hidup tersendiri, termasuklah kemasan terperinci dan mewah serta kemudahan bertaraf antarabangsa.

Selain itu, AIRA Residence menawarkan bakal pemilik keistimewaan gaya hidup tersendiri di mana mereka boleh memberi sentuhan peribadi kepada unit mereka melalui tiga pilihan warna eksklusif, pilihan perabot, lampu dan kemasan eksklusif rekaan Piet Boon, sistem televisyen dan bunyi Bang & Olufsen serta kabinet khas untuk menempatkan system hiburan rekaan Piet Boon. Penghuni juga boleh mengupah Studio Piet Boon untuk mengubah hiasan dalaman dan reka bentuk AIRA Residence agar kediaman mereka unik.

AIRA Residence meletakkan keselamatan penghuni sebagai keutamaan, dan ini dapat dilihat melalui kelengkapan platform keselamatan canggih yang direka oleh syarikat keselamatan terkemuka, GDSS. Sistem ini menggabungkan sistem pasif dan aktif bagi memenuhi keperluan keselamatan komuniti dan ruang khas untuk pengawal keselamatan.

image-4 image-3

Anugerah ‘Silver Rating’ Bagi Indeks Bangunan Hijau Malaysia

AIRA Residence mencerminkan komitmen Selangor Properties untuk menghasilkan pembangunan urban yang lestari. Kediaman ini menampilkan idea-idea bangunan mesra alam seperti kemudahan mengecas kereta elektrik, pengumpulan air hujan, kolam bio, menggunakan bahan binaan mampan dan kemudahan efisien tenaga yang melayakkannya untuk mendapat ‘Silver Rating’ di bawah sistem Indeks Bangunan Hijau Malaysia.

Mengulas tentang rekaan keseluruhan, Chong turut berkata, “Antara keutamaan kami adalah memastikan AIRA Residence mampu memberikan suasana kediaman seperti keselamatan, keindahan dan keselesaan melalui ruang dalaman dan luarannya kepada penghuni dan pengunjung. Misalnya, kami mahukan lobi AIRA Residence mempunyai suasana lobi hotel lima bintang dan Studio Piet Boon memberikan sentuhan istimewa dengan anjung khas dan pelbagai ruang yang mampu memenuhi pelbagai keperluan aktiviti sosial. Pasukan rekaan kami turut mencapai matlamat kami yang lain, iaitu menggabungkan gaya elegan Eropah dengan keperluan gaya hidup Timur. Hasilnya, sesuatu yang sungguh unik di pasaran.”

Untuk maklumat lanjut tentang AIRA Residence, sila layari https://airaresidence.com/. Untuk maklumat dan perkembangan terkini tentang Selangor Properties Berhad, sila layari http://www.selangorproperties.com.my/.

image-2 image-1

Tentang Selangor Properties Berhad (SPB)

Ditubuhkan pada tahun 1963, Selangor Properties Berhad (SPB) mengendalikan lebih daripada sekadar syarikat pembangunan hartanah yang memberikan nilai serta bekerjasama dengan pelabur dan membina komuniti melalui pelaburan hartanah dan hak milik perkhidmatan berkaitan dan hak milik pelaburan. Sejak penubuhannya, SPB telah memperkembangkan portfolio pembangunannya di lokasi utama seperti di Damansara Heights, Bukit Tunku (Kenny Hills), Gombak dan Selayang. Antara aset pelaburannya termasuklah Taman Tunku Apartments, Plaza Batai dan Menara Milenium, sementara projek kediamannya termasuklah yang baharu sahaja dilancarkan, AIRA Residence. Sehingga kini, SPB telah berkembang mengikut perkembangan ekonomi dan aktiviti utama seperti pelaburan hartanah dan pelaburan hak milikan masih berkembang seperti pembangunan hartanah.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×