Hebahan

Nikmati Ahad Terbaik Dengan Seorang Rakan di Lost World of Tambun

1
SHARES

THE GEYSER OF TAMBUN

Berkongsi keindahan Lost World Hot Springs & Spa bersama-sama seorang rakan pada 31 Julai ini, di Hari Bawa Seorang Rakan Lost World Of Tambun Hot Springs and Spa! Anda dan rakan anda akan menikmati hari Ahad yang dipenuhi dengan persembahan menarik, hadiah-hadiah percuma, diskaun dan bermacam-macam lagi aktiviti di hujung minggu yang semestinya menenangkan.

Bawa bersama kad keahlian tulen bersama-sama dengan Kad Pengenalan dan anda beserta rakan anda boleh masuk ke Lost World Of Tambun Hot Springs and Spa untuk seharian, secara PERCUMA!

EMERALD LAGOON 1

Dari 3 petang ke 11 malam, pengunjung-pengunjung akan dihiburkan oleh badut-badut, maskot-maskot, dan pengenalan kepada sejarah perlombongan timah Ipoh di Lembah Timah Lost World, dan bermacam-macam lagi aktiviti. Hadiah-hadiah percuma disediakan bagi tetamu-tetamu yang akan menerima barangan dan baucer daripada Milo, Celebrity Fitness, Sakae Sushi, Pocky dan ICandy. Bukan itu sahaja, tetamu-tetamu boleh menikmati urutan-urutan, manakala peminat yang ingin menerokai Lost World Haunted Chambers boleh masuk dengan separuh harga sahaja.

PRIVATE HUTS

Menjadi pemegang Pas Tahunan Lost World Hot Springs & Spa lebih baik dilakukan bersama, dan masa yang terbaik untuk mendaftar adalah pada 31 Julai. Keahlian baru hanya berharga RM70 manakala untuk memperbaharui berharga RM60.

The Lost World Of Tambun beroperasi dari 11 pagi sehingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat, 10 pagi sehingga 6 petang setiap hari Sabtu dan Ahad. The Lost World Hot Springs by Night beroperasi dari 12 tengahari sehingga 11 malam setiap hari Isnin hingga Ahad. Taman akan ditutup setiap hari Selasa kecuali musim cuti sekolah dan hari cuti umum.

Crystal Falls

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×