Hebahan

Adakah Anda Menderita Dalam Diam?

33
SHARES

Bersedialah Untuk Pengalaman Serba Baharu Dengan Alcon’s Dailies Total1®, Satu-Satunya Kanta Sentuh Gradien Air Yang Pertama Di Dunia

Alcon, peneraju penjagaan mata global, telah memperkenalkan teknologi baharu dalam kanta sentuh yang menjanjikan paras keselesaan yang tiada bandingannya. Diilhamkan oleh “penderita diam” – konsumer yang mengalami dan menerima ketidakselesaan sebagai sebahagian daripada pengalaman penggunaan kanta sentuh, Kanta Sentuh Satu-Hari Gradien Air (“Water Gradient”) DAILIES TOTAL1® mengundang pemakainya untuk mengubah definisi jangkaan keselesaan mereka. Ia memberikan kelinciran dan keupayaan pernafasan yang unggul, sehinggakan anda terasa seolah-olah tidak memakainya, walaupun di penghujung hari1.

dailies-total-1-info-banner1

Adakah mata anda terasa kering atau letih setelah memakai kanta sentuh sepanjang hari? Atau adakah perasaan terdapat “sesuatu bendasing” di dalam mata anda kadangkala mengganggu anda?

Walaupun selepas pembangunan selama 40 tahun, keselesaan kanta sentuh masih merupakan masalah yang besar bagi pemakai kanta sentuh. Persatuan ‘Tear Film and Ocular Surface Society’ (TFOS) menemui bahawa – sebanyak 50% pemakai kanta sentuh melaporkan keadaan tidak selesa2. Perkara yang lebih membimbangkan ialah bahawa kurang daripada suku pemakai kanta sentuh3Φ telah meluahkan mengenai masalah ini, mengakibatkan sebahagian besar mereka menjadi penderita dalam diam.

_dailies-total-1-launch-event-official-1

Kekeringan dan ketidakselesaan, pengalaman biasa untuk ramai pemakai kanta sentuh, lazimnya dianggap sebagai sebahagian daripada pengalaman memakai kanta sentuh atau menjadi alasan untuk berhenti memakainya. Dalam satu kajian yang dilaksanakan sebelum pelancaran DAILIES TOTAL1® – 46% daripada konsumer Malaysia melaporkan kekeringan dan/atau ketidakselesaan semasa memakai kanta sentuh4. Tambahan lagi, 53% daripada mereka melaporkan bahawa kanta sentuh mereka terasa kering pada penghujung hari 4.

Tetapi, semua masalah ini bakal berakhir, dengan sebuah penemuan baharu dalam teknologi kanta sentuh. Alcon telah melancarkan sebuah revolusi industri dalam pengalaman memakai kanta sentuh dengan inovasi terkininya, DAILIES TOTAL1®.

ltor-tong-bing-yu-thanuja-ananthan-sherson-lian-hanie-hidayah-1

“Kanta sentuh DAILIES TOTAL1® benar-benar menawarkan konsumer sebuah pengalaman pemakaian yang mengagumkan – sekali anda mencubanya di mata, anda akan merasakan perbezaannya,” kata Sandeep Tewari, Pengurus Negara Alcon Malaysia. “Kami berbangga untuk melaporkan bahawa dalam kajian klinikal kami, 9 daripada 10 pesakit melaporkan bahawa DAILIES TOTAL1® begitu selesa sehinggakan mereka terasa seperti tidak memakai sebarang kanta5.”

Penyelidikan di sebalik DAILIES TOTAL1® Alcon telah menghasilkan sebuah kanta sentuh yang bukan hanya lebih unggul dari segi keupayaan pernafasan^ (6 kali lebih baik daripada kanta pakai buang terulung di pasaran6), tetapi juga kelinciran. Berbekalkan teknologi gradien air yang menakjubkan, kanta DAILIES TOTAL1® direka dengan hampir 100% air7* di atas permukaan luar yang mewujudkan permukaan licin dan kusyen yang selesa serta perasaan “tiada bendasing” yang berkekalan sehingga ke penghujung hari8**.

_dailies-total-1-launch-event-official-2

Kebanyakan kanta sentuh berasa selesa apabila anda mula memakainya. Bagaimanapun, ujian sebenar bagi sebuah kanta sentuh adalah sama ada keselesaannya boleh menemani anda sepanjang hari, sehingga saat anda mengeluarkannya. Dalam sebuah kajian klinikal, para pesakit memberikan skor setinggi 9.2 daripada 10 untuk keselesaan pada penghujung hari8 bagi DAILIES TOTAL1®. Memandangkan pengguna biasa meluangkan masa selama 16 jam sehari untuk aktiviti harian seperti kerja, tugasan di rumah dan aktiviti santai – ketidakselesaan kanta sentuh bukan lagi satu penghalang dan gangguan yang boleh dibiarkan.

 

KETERSEDIAAN DAN HARGA

DAILIES TOTAL1® kini ditawarkan oleh profesional terpilih di seluruh negara. Untuk senarai penuh stokis, sila layari www.alconmalaysia.com/dt1.

DAILIES TOTAL1® dijual dalam pek 30 unit dengan harga runcit yang disyorkan sebanyak RM174.90 (termasuk GST).

Cuba dan rasakan perbezaannya. Berundinglah dengan pakar penjagaan mata mengenai percubaan 5 hari DAILIES TOTAL1® di kedai-kedai yang turut serta. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.

dailies-total-1-lifestyle-image-holiday

 

ΦDi kalangan pesakit kanta sentuh yang membeli bekalan baharu jenama kanta sentuh yang sama di ujian mata terakhir.

^Kanta dengan kadar pemindahan oksigen yang tinggi: DAILIES TOTAL1® (delefilcon A) kanta sentuh: Dk/t = 156 @ -3.00D.

*Berdasarkan pengukuran makmal ke atas kanta yang belum digunakan

**Berdasarkan para pemakai yang bersetuju dengan pernyataan “Saya boleh memakai kanta ini dengan selesa sepanjang hari.”

Rujukan:

  1. Melalui kajian klinikal melibatkan 80 orang pesakit. Data Alcon dalam fail, 2011.
  2. The TFOS International Workshop on Contact Lens Discomfort: Report of the Management and Therapy Subcommittee. IOVS, October 2013, Vol. 54, No. 11, TFOS184—203.
  3. Berdasarkan kajiselidik melibatkan 113 pemakai kanta sentuh; Data Alcon dalam fail, 2006.
  4. Berdasarkan kajiselidik di Malaysia melibatkan 24 pengamal penjagaan mata yang memberikan kanta sentuh Dailies Total 1® kepada 201 orang pesakit; Data Alcon dalam fail, 2016.
  5. Melalui kajian klinikal melibatkan 80 orang pesakit. Data Alcon dalam fail, 2011.
  6. Berdasarkan nisbah kadar pemindahan oksigen kanta sentuh, di kalangan kanta sentuh pakai buang harian; Data Alcon dalam fail 2010.
  7. Angelini T, Nixon R, Dunn A, et al. Viscoelasticity and mesh-size at the surface of hydrogels characterized with microrheology. Invest Ophthalmol Vis Sci. 2013; 54: E-Abstract 500.
  8. Melalui kajian klinikal rawak di mana subjek dirahsiakan; Data Alcon dalam fail, 2011.

 

LATAR BELAKANG ALCON

Alcon adalah sebuah peneraju global dalam penjagaan mata. Selaku sebuah divisyen Novartis, kami menawarkan portfolio produk terluas bagi meningkatkan penglihatan dan memperbaiki kehidupan orang ramai. Produk-produk kami mempengaruhi kehidupan lebih daripada 260 juta orang setiap tahun yang mengalami masalah seperti katarak, glaukoma, penyakit retina dan ralat refraktif, dan terdapat jutaan lagi yang menantikan penyelesaian untuk memenuhi keperluan penjagaan mata mereka. Matlamat kami adalah untuk membentuk semula penjagaan mata, dan kami merealisasikan matlamat ini melalui produk-produk inovatif, kerjasama dengan pakar penjagaan mata serta program-program yang meningkatkan akses kepada penjagaan mata yang berkualiti. Dapatkan maklumat lanjut di www.alcon.com.

Alcon juga terdapat di Facebook. ‘Like’ kami di www.facebook.com/AlconMalaysia.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×