Dapur

Ada Yang Tahan Sampai Setahun, Ini Cara Simpan 9 Jenis Makanan Dengan Betul

73
SHARES

Kaedah menyimpan lebihan makanan dengan cara membekukan makanan tersebut cukup praktikal untuk dilakukan. Ini kerana dengan kaedah itu ianya boleh mengelakkan pembaziran sekiranya makanan banyak tidak dihabiskan. Kelaziman kaum ibu, mereka jika ada sahaja lebihan makanan dalam kuantiti yang banyak pasti terus dimasukkan dalam peti sejuk.

Walaubagaimanapun kaedah memasukkan lebihan makanan terus ke dalam peti sejuk terus adalah tidak praktikal kerana kebiasaannya lebihan makanan itu tidak tahan lama. Mungkin harini masukkan esok lusa sudah basi. Melalui perkongsian di laman Facebook Public Health Malaysia, mereka menunjukkan bagaimana untuk menjadikan lebihan makanan tahan lebih lama untuk disimpan.

Lebihan Makanan Ini Boleh Di Sejuk Beku

Melalui infografik yang dikongsi oleh PHM di Facebooknya, mereka menunjukkan jenis-jenis makanan yang boleh disejuk beku dan jangka ketahanan makanan-makanan tersebut.

Melalui kaedah yang dikongsikan oleh PHM dengan menyejukbekukan lebih makanan ini adalah kaedah yang sangat praktikal bagi mengelakkan pembaziran makanan yang tidak dapat dihabiskan.

Seperti marjerin atau mentega di mana sering digunakan oleh pembuat-pembuat kek. Jika marjerin atau mentega anda masih berbaki setelah digunakan, anda boleh menyimpannya di ruangan sejuk beku untuk tahan lebih lama. Pasti ramai terkejut dengan hasil kaedah ini. Ianya mampu membuatkan marjerin itu bertahan hingga 9 bulan lamanya.

Antara makanan yang sering ada lebihan ialah pizza. Jangan anda terkejut jika lebihan pizza anda boleh tahan selama sebulan lamanya hanya dengan sejuk bekukan sahaja pizza tersebut.

Makanan lain ialah pisang dan telur. Pisang yang menjadi antara buah kegemaran orang ramai sebenarnya boleh bertahan selama 2-3 bulan lamanya jika anda simpannya dengan cara yang betul. Manakala telur pula, jika anda simpannya dengan cara yang betul ianya boleh bertahan selama setahun lamanya.

Lain pula bagi keju. Antara makanan yang wajib ada di setiap rumah ini jika anda menyimpannya menggunakan cara yang betul seperti disarankan oleh PHM ini, ianya boleh bertahan selama 6 bulan jika ia tidak dibukan lagi manakala ianya tahan selama 3 bulan jika ianya telah dibuka.

Jika sebut sahaja pasal roti pasti semua tahu ianya senang berkulat tetapi apa yang anda mungkin tidak tahu ialah roti yang belum dibakar boleh bertahan selama 1 bulan dan roti yang sudah dibakar dan tiada pengawet ianya boleh bertahan selama 3-5 bulan jika disimpan dengan betul.

Susu juga antara yang boleh di simpan lama. Susu dapat bertahan selama 3 bulan jika disimpan dengan cara sejuk beku ini. Selain itu, saki baki makanan seperti daging pula boleh bertahan selama 2-3 bulan manakala bagi ayam pula ianya dapat bertahan selama 4-6 bulan lamanya.

Sup dan stew juga boleh disimpan! Lebihan sup dan stew ini dapat bertahan selama 2-3 bulan lamanya jika anda menyimpannya menggunakan cara yang disarankan.

Jadi tak ada lah anda rasa membazir lagi selepas ini. Hanya sejuk beku semua lebihan makanan boleh bertahan dengan lama! Selamat mencuba.

Sumber : Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×