Pahang

“Ada Kemalangan Masa Hantar Adik Ke Sekolah”- Rupa-Rupanya Itu Jasad Ibu Sendiri…

12
SHARES

Berdepan dengan kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah. Menyedari kita tidak mampu lagi melihat muka dan susuk tubuh yang disayangi kerana pergi dijemput Ilahi. Pasti akan menerbitkan rasa sedih dan rindu yang tidak dapat diungkap. Kejadian dikongsikan oleh wanita dikenali sebagai Nurfa Ray ini sangat menyayat hati dan membuka mata kita untuk sentiasa menghargai yang tersayang.

KEMALANGAN SEWAkTU KE TEMPAT KERJA

Menurut perkongsiannya, kejadian yang berlaku di Sungai Ular Kuantan ini melibatkan seorang ibu. Ketika itu dalam perjalanan ke tempat kerja dan telah terlibat dalam kemalangan meragut nyawanya. Apa yang lebih mengundang pilu adalah gambar sepasang adik beradik berpelukan setelah mengetahui wanita tersebut adalah ibu mereka.

TERKEJUT DAN KEHILANGAN KATA-KATA

Terkedu dan terkejut maka remaja lelaki ini terduduk bersama adik yang masih kecil lengkap berpakaian sekolah di dalam dakapannya.

Remaja lelaki tersebut dikatakan sedang dalam perjalanan menghantar adiknya ke sekolah. Menyedari ada kemalangan maka dia turun untuk meninjau keadaan sebenar yang berlaku di hadapannya. Tak diduga, rupa-rupanya jasad tersebut adalah milik ibu mereka.

BAGAIMANA JIKA KITA PERGI DAHULU

Wanita ini menambah dia sama sekali tidak dapat bayangkan jika dia juga harus pergi menghadap Ilahi terlebih dahulu. Dan meninggalkan anak-anak. Facebook miliknya juga dipenuhi ucapan takziah buat adik beradik ini. Dan turut sama bersimpati dengan apa yang menimpa mereka.

BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU MEMIKUL

Susulan daripada kejadian yang berlaku. Remaja lelaki bernama Fakrul Razi, 18 tahun. Fatihah Aina, 7 tahun mengucapkan terima kasih atas titipan doa buat mereka. Adik-beradik ini juga diziarahi Ustaz Ebit Lew dan Ketua Wanita Umno Bahagian Inderamahkota serta rombongannya yang hadir meninjau keadaan mereka yang kini tinggal bersama neneknya.

Bersama kita doakan agar adik-beradik ini diberikan kekuatan. Dan agar roh arwah ibu mereka dicucuri rahmat-Nya.

Sumber: Nurfa Ray

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×