Tidak semua orang mahir memasak seperti chef dan paling penting sekali adalah kadangkala kita tiada masa untuk masak berikutan sibuk dengan kerja. Tetapi, tanpa pengetahuan kita, rupa-rupanya ada satu mesin yang boleh memudahkan anda untuk masak di rumah!
Baru-baru ini viral di laman media sosial apabila ramai yang berkongsikan satu mesin bernama Thermomix, yang merupakan mesin mewah bernilai RM7188 yang mampu menyediakan set makanan dalam satu masa yang sama. Walaupun anda tidak tahu masak masakan tersebut, anda hanya perlu gunakan resepi yang disediakan dan masukkan bahan-bahannya, kemudian mesin tersebut akan memasakkan untuk anda! Pengguna boleh mempelajari cara menggunakan Thermomix dengan hanya menontondemonstrasi memasak melalui laman web ataupun melalui talian hotline.
PERMAISURI AGONG PUN GUNA!
Bukan itu sahaja, terdapat beberapa perkongsian di Facebook yang telah menggunakan mesin Thermomix ini dan difahamkan bahawa Permaisuri Agong kita, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan chef selebriti Anis Nabilah turut menggunakan mesin ini.
Dengan teknologi inovatif, skrin sentuh dan keunikkan fungsi yang ada pada Thermomix menjadikan penyediaan makanan dan memasak lebih mudah. Seumpamanya semua orang boleh memasak dengan hujung jari mereka!
APA YANG MESIN BERNILAI RM7188 INI MAMPU BUAT?
1.HANYA 1 BLADE & KELEBIHAN LEBIH 12 FUNGSI
Semua orang boleh memasak dengan Thermomix. Dengan skrin sentuh dan cakera pemilih tunggal membolehkan Thermomix dikendalikan dengan mudah. Paling seronok kita boleh memasak pada kapasiti yang lebih besar. Thermomix mempunyai keupayaan untuk menggerakkan, membuat campuran dan mencincang dan juga boleh memasak antaranya seperti stim, menimbang, mengisar, menguli, merenah dan sebagainya.
2.MASAK DENGAN TEPAT!
Dengan masa sesuai, suhu dan kelajuan kawalan menjamin hasil yang baik serta konsisten setiap kali anda memasak. Dengan lebih daripada 7 juta pengguna dan 100k + resipi, menjadikan Thermomix, berperanan sebagai perkakas dapur pintar yang boleh kita memasak dan membakar seterusnya menghasilkan hidangan yang enak.
3.PANDUAN FUNGSI MEMASAK YANG UNIK
The Thermomix Chips Recipe adalah buku masakan digital. Apabila menggunakan Thermomix, kita boleh merujuk semua resipi akan ditunjukkan pada paparan Thermomix. Dengan hanya menggunakan skrin sentuh, pengguna Thermomix boleh dengan mudah mencari resipi seterusnya boleh dijadikan sebagai idea.
Nampaknya ramai yang telah ‘melaburkan’ wang untuk membeli peralatan canggih ini. Pastinya ini akan menjadi mimpi ngeri buat para suami jika ada isteri yang meluahkan hajat untuk memiliki Thermomix ini. Jangan sampai bergaduh ya!