Famili

Abang Kurier Hantar Barang Pada Isteri Orang Boleh Undang Fitnah? Lelaki Ini Terus ‘Sound’!

7
SHARES
abang courier

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan tangkap layar perbualan seorang suami bersama abang courier. Di mana, tugas abang courier yang sekadar menghantar barang kepada pelanggan membeli barang di dalam talian (online) telah ditegur.

Kena tegur apa ya agaknya? Jom baca!

Baca juga: Suami Hairan Isteri Tak Reti Nikmati Rambutan, Kupas Kulit Potong Isi Baru Dia Makan!

ABANG COURIER

abang courier

Gambar: Tiktok @emilianor_98

Dapat dilihat dalam perbualan tersebut, seorang suami telah meluahkan rasa tidak setuju apabila abang courier menghantar bungkusan barang (parcel) kepada isterinya apabila dia tiada di rumah.

Dek kerana alasan, takut perkara itu mengundang fitnah.

“Aku dah cakap dengan bini aku, aku tak izinkan siapa-siapa yang hantar barang tanpa aku. Jadi kalau nak hantar barang, lepas ini pastikan aku ada sebab aku suami dia.” tulis suami.

Lalu, abang courier itu membalas bahawa penghantaran parcel merupakan tugas dan tanggungjawab dia.

Netizen pun tak sangka ada orang perangai macam ini

Melihat pada ruangan komen video di Tiktok @emilianor_98 itu, terdapat beberapa komen netizen yang tidak sangka perkara ini berlaku.

“Orang macam ini pun ada ek?” komen seorang netizen.

“Ada juga ya lelaki macam ini?” komen netizen lain.

Malah, ada juga netizen yang pernah mengalami situasi yang sama seperti di hantaran ini.

“Pernah juga dulu, aku ini buat jual barang sistem COD. Kadang-kadang banyak sangat aku upah runner dan runner itu lelaki. Dia hantar barang dekat customer ini tiba-tiba runner aku kena sound dengan lelaki perempuan itu,” kongsi seorang netizen.

“Sama macam aku COD makanan aku berniaga. Ada customer itu bagitahu nak runner perempuan sebab lelaki dia tak ada dekat rumah. Awat ingat runner itu nak hantar sampai dalam bilik hang ka?,” tulis netizen lain.

P/s: Hmmm, macam-macam perangai ya. Video penuh boleh lihat pada pautan di sumber bawah.

Baca juga: Sulung Makan Hati 5 Adik Tak Kenang Budi, Ambil Semua Duit Terus Tak Bagi Muka!

Sumber: Tiktok @emilianor_98

FT Image: Tiktok @emilianor_98 / pch.vector

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×