Inspirasi

‘Ingat Hobi Pelik’- Adik Usia 12 Tahun Ini Tunjuk Bakat Lakar Rekaan Bangunan Macam Profesional!

50
SHARES

Setiap kanak-kanak dilahirkan mempunyai bakat yang berlainan. Melukis merupakan antara salah satu bakat kanak-kanak dan juga aktiviti yang boleh mengekspreskan perasaan mereka. Begitu juga dengan anak yang baru berusia 12 tahun ini telah menunjukkan bakatnya dengan melakar ‘design-design’ bangunan dan rumah yang ibu bapanya sendiri terkejut dengan hasil yang ditunjukkan!

JUMPA BANYAK LAKARAN RUMAH & BANGUNGUNAN


“Sedikit perkongsian, hobi anak sulung saya – Airiel Haziq yang agak pelik dengan umur dia masa tu 10/11 tahun. Sekarang dah 12 tahun. Saya jumpa banyak lakaran-lakaran rumah/bangunan modern design atas meja dia, pastu saya & cik isteri mula belikan drawing board, T square set dll… Dah tengok makin advance saya belikan pula buku-buku rujukan lukisan perspektif/kejuruteraan form 4 & 5 dari DBP.. Baru darjah 5 dah baca buku form 4/5….Last-last dia terus guna sketch up app… Lain macam dah ni…dah macam architect…. Kebetulan baru-baru ni mama dia nak buat renovation sikit dekat belakang untuk mini wet kitchen & bathroom….new assignment diserahkan pada dia utk design….cuba tengok apa yang jadi..”


MASIH MUDA UNTUK MENGHASILKAN LAKARAN ITU


Bapanya itu mula menyedari akan bakat Airiel Haziq itu ketika umurnya masih muda iaitu 10 atau 11 tahun. Ia membuatkan bapanya, Mohd Hardy agak terkejut kerana anaknya itu masih muda untuk menghasilkan lakaran sehebat itu.

SOKONG MINAT ANAKNYA


Mohd Hardy dan isterinya menyokong minat anaknya itu dengan membelikan lagi peralatan untuk Airiel Haziq seperti set T square dan papan lukis untuknya. Selain itu, bapanya itu juga membeli buku rujukan pelajaran kejuruteraan untuk tingkatan 4 dan 5 supaya anaknya itu dapat memperbaikkan lakarannya.

Bukan itu saja, Airiel juga boleh melakar menggunakan software professional yang telah dimasukkan ke dalam komputer dan mengekspreskan daya imaginasinya dengan melukis menggunakan software itu.
*Hebat betul adik ni!
Sumber: Mohd Hardy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×