DIY & Kraf

Tak Payah Tunggu Giliran, Ini Checklist 11 Barang Keperluan Wajib Bawa Balik Kampung

3.3K
SHARES

Dah mula packing barang untuk balik kampung? Belum atau sudah, pastinya anda tidak mahu untuk tertinggal barangan penting yang perlu dibawa pulang ke kampung. Mana tidaknya, bila ramai sanak-saudara di kampung mesti ada barang yang kita perlu berkongsi dan kena tunggu giliran kan? Jadi sebelum anda pulang ke kampung, pastikan anda turut bawa 11 barangan ini supaya keperluan di kampung lebih lengkap!

11 BARANG WAJIB BAWA BILA BALIK KAMPUNG

1.Bagasi

Hani simpan bagasi-bagasi dan barang-barang menggunakan sistem “nesting”. Maksudnya setiap barang (bekas) ada barang dalamnya. Dalam bagasi besar yang hani masukkan baju hani dan suami, ada bagasi lebih kecil untuk barang Aqil.

Tips; siapa yang belum ada bagasi, atau baru bercadang nak beli. Beli bagasi by set. Memang akan ngam-ngam masuk dalam bagasi yang lebih besar. So nak simpan senang.

2.Bagasi kecil

Dalam bagasi kecil Aqil, ada bagasi lebih kecil khas utk barang mekap dan mandian. Dan juga beg-beg lain yang selalu bawa untuk balik kampung seperti beg carry on ni khas utk letak ubat-ubatan. Ada getah sbb hani simpan baju guna sistem rolling. So kena secure dengan getah. Lagi-lagi untuk baju Aqil yang terus dipadankan dengan seluar dia.

3.Beg make-up dan toiletries

Dalam beg bagasi kecil, ada beg mekap dan beg toiletries. Dalam bag ada bag gitu so semua ni bila dah balik rumah dari kampung inilah rumah dorang.

4. Power extension dan charger hp

Ni memang tak boleh tinggal sebab sangat memudahkan. Sebab kat rumah parents, power outlet limited dan kadang-kadang out of reach. Untuk rumah parents kitorang wayar 3 meter mencukupi dah. So lepas ni nak cas hp atau pasang ubat nyamuk elektrik mudah dah. Tak berebut power outlet lagi. Ni nak raya ni lagi lah power outlet laku keras sebab semua nak mengecas hp. So bawa siap-siap lah extension. Untuk elakkan hani terlupa nak bawa, extension ni memang kat sini je tempatnya. Bila dah sampai rumah extension ni hani simpan dalam beg bagasi juga tak keluarkan.

5. Usb charger untuk handphone

Kalau untuk rumah hani ada tiga jenis hp dengan charger usb port berbeza so tiga-tiga jenis kena bawa. Kepala charger pula hani pilih yang ada tiga port supaya boleh charge hp tiga-tiga serentak. Label siap-siap kepala charger kalau tak nak ada kes terhilang.

6.Ubat nyamuk elektrik dan mat dia sekali

Ini sangat-sangat penting lagi-lagi kalau tempat kita nak balik kampung ialah Hotspot Denggi. Jangan lupa bawa sekali mat dia. Bawa lebih takpe.

7. Laundry basket, laundry net dan hanger

Laundry basket ni penting sebab senang nak sort baju kita dan tak bercampur dengan baju lain. So nak basuh senang. Nak bawa ke dobi pun senang. Keberangkalian tertinggal baju kat kampung pun kurang. Laundry net ni utk baju raya kita yang bermanik-manik berlabuci meriah bagai tu. Kalau basuh tak guna laundry net nangis lah hahahaha. Untuk basuh innerwear juga. Hanger untuk sangkut baju raya dan tudung yang dah siap gosok. Hani bawa 1 ketul utk setiap sorang.

8. Plastik sampah (bonus kalau wangi)

Plastik sampah ni memang wajib bawa kalau nak balik kampung. Untuk dimasukkan pampers yang dipakai anak atau menstruation pad kita. Juga utk diletakkan pakaian basah kalau pergi bercuti mandi manda.. So sentiasa ada ya.

9. Medical kit Aqil, pill box, medical record

Medical kit anak benda yang pantang tinggal. Pastikan dah restock item dalam medical kit ni sebelum balik kampung. Pill box pun sama. Hani suka bawa banyak-banyak macam ni sebab kadang-kadang bukan untuk kegunaan kitorang pun. Orang lain kalau tak sihat pun boleh guna hahaha Pastikan restock juga dulu sebelum balik kampung. Medical record. Kalau ibu mengandung kena bawa buku pink, kalau anak kena bawa fail medical masing-masing. Aqil punya dalam kereta so takda dalam gambar. Penting juga ni.

10. Instant – wear

Balik kampung takda ni menangis juga hani. Kardigan dan tudung sarung penyelamat situasi. Takkan 24 jam nak pakai tudung lilit. Kalau tetamu datang bertandang, terus sarung tudung instant dan kardigan. So dah ready nak terima tetamu. Instant tudung hani dari The Souk sebab senang sarung dan tak perlu gosok (susah nak kedut). Tq Nuyu Najwa utk tudung best ni.

11. Bantal atau toto

Ni untuk yang bawa bantal atau toto balik kampung. Masukkan dalam beg vakum dan sedut udara sampai nipis bantal dan toto supaya jimat ruang dalam bonet.

Tips: simpan satu set kelengkapan tidur seperti bantal dan toto kat rumah parent atau kampung so lepas ni tak adalah setiap kali balik nak kena bawa balik dorang ni lagi.

Sumber : Hani Mynis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×