“Ish, aku ingatkan senang je goreng ayam ni, macam goreng nugget. Tapi rupa-rupanya tak semudah itu. Kerat punya kerat ada darah lagi kat dalam! Aduh terbantut selera nak makan. Nasib baik suami belum balik lagi. Boleh aku tanya MakĀ petua goreng ayam yang betul.”
Nampak memang mudah bukan? Tapi sebenarnya menggoreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu anda fahami supaya isinya benar-benar masak. Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang enak.
Ayam yang berdarah danĀ masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.
Maka, ini 6Ā petua goreng ayam yang anda perlu cuba untuk mendapatkan hasil yang sempurna.
6Ā Petua Goreng Ayam SupayaĀ Empuk, Rangup Dan Tak Berdarah
Berikut adalah petua goreng ayam yang sempurna supaya tak berdarah dan empuk apabila dimakan.
1. Pastikan Potongan Tak Terlalu Besar
Pertamanya, anda perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings).
Jadi, pastikan potongan pada bahagian iniĀ tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.

Foto Kredit: finecooking.com
2. Mengelar Atau Merebus Terlebih Dahulu
Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.
Selain itu, anda boleh juga merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

Foto Kredit: foochia.com
3.Ā ‘Defrost’ Ayam Beku Terlebih Dahulu
Jangan terus menggoreng ayam yang baru saja dikeluarkan dari bahagian ‘freezer’.Ā Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kebarangkaliannya untuk masak di bahagian luar saja adalah tinggi.
Maka, pastikan andaĀ keluarkan ayam yang hendak digoreng tadi awal-awal dan rendamkannya dalam air suam buat sehingga lembut atau ‘defrost’ terlebih dahulu dalam ‘microwave’.

Foto Kredit: raovatdalat.vn
4. Guna Minyak Yang Banyak
Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.
Dengan cara ini,Ā secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masakĀ sempurna dan tidak berdarah.

Foto Kredit: reference.com
5. Guna Api Sederhana
Bagi memastikan ayam masak dengan sempurnaĀ hingga ke bahagian dalam, lebih baikĀ memasak dalam suhu api yang kecil atau sederhana.
Jika api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sehabisnya.

Foto kredit: foodandtools.com
6. Masukkan Bahagian Bertulang Terlebih Dahulu
Bahagian yang mempunyai ‘joints’ atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkanĀ darah tadi sepatutnya dimasukkan terlebih dahulu semasa mula menggoreng. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisikoĀ agar ia masak dengan sempurna.

Foto kredit: pepsieliot.com
Hasil Gorengan Yang Lebih Menyelerakan!
Dengan mengamalkan petua goreng ayam yangĀ tepat, mudah-mudahan penampilan dan rasa ayam akan menjadiĀ lebih nikmat serta menyelerakan.
Di samping itu, ia juga penting untuk memelihara ayam daripada sebarangĀ penyakit apabila terdapat bahagian yang tidak masak dengan sempurna.

