Nur

Jangan Doa Keburukan Anak Sendiri Ketika Marah, Takut ‘Terkena’ Tepat Waktu Mustajab!

DOA KEBURUKAN

Doa keburukan terhadap anak merupakan perkara yang perlu dielakkan oleh setiap ibu bapa, lebih-lebih lagi ketika sedang marah atau hilang sabar.

Walaupun berdepan kerenah anak yang menguji emosi, ibu bapa diingatkan supaya menjaga tutur kata dan tidak sewenang-wenangnya mendoakan perkara tidak baik terhadap zuriat sendiri.

Baca juga: Telekung Corak Kartun/Frozen Jadi Pilihan Anak Kecil, Tapi Apa Hukumnya Bawa Solat? Hati-Hati…

JANGAN DOA KEBURUKAN UNTUK ANAK

DOA KEBURUKAN

Namun, sebagai ibu bapa, kita perlu berhati-hati dengan setiap perkataan yang diucapkan kerana doa bukanlah sekadar kata-kata biasa.

Menerusi perkongsian di Facebook, Dr Ahmad Sanusi mengingatkan orang ramai supaya tidak mendoakan perkara buruk terhadap anak-anak walaupun ketika sedang marah.

Menurut beliau, perbuatan tersebut sememangnya dilarang oleh Rasulullah SAW sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim.

Dalam perkongsian tersebut, beliau memetik sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Janganlah kamu mendoakan keburukan terhadap diri kamu, anak-anak kamu dan harta kamu. Jangan sampai doa kamu bertepatan dengan suatu waktu ketika Allah dimohon pemberian, lalu Dia memperkenankan doa kamu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Menurut Dr Ahmad Sanusi, kemarahan terhadap anak tidak sepatutnya menjadi alasan untuk ibu bapa mengeluarkan kata-kata yang mendoakan keburukan buat mereka.

Memetik penjelasan Mulla Ali al-Qari, larangan tersebut termasuk perbuatan mendoakan anak mengalami keburukan seperti menjadi buta atau perkara seumpamanya.

Ibu bapa sememangnya boleh menegur dan memarahi anak apabila mereka melakukan kesalahan. Bagaimanapun, elakkan daripada mengeluarkan perkataan seperti mendoakan anak menjadi bodoh, celaka atau gagal dalam kehidupan.

Sebaliknya, anak yang melakukan kesilapan masih memerlukan doa dan bimbingan agar Allah SWT memberikan petunjuk serta memperbaiki akhlak mereka.

DOA KEBURUKAN

Bimbang doa buruk bertepatan dengan waktu mustajab

Beliau turut mengingatkan bahawa ibu bapa perlu mengambil serius setiap doa yang dilafazkan kerana dikhuatiri ia bertepatan dengan waktu doa dimakbulkan Allah SWT.

Justeru, jadikan doa yang baik sebagai amalan dalam mendidik anak-anak dan bukannya melafazkan kata-kata buruk ketika emosi menguasai diri.

Semoga peringatan ini menjadi panduan buat semua ibu bapa agar lebih berhati-hati dalam setiap tutur kata serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk anak-anak.

Baca juga: Menteri Agama Dr Zulkifli Hasan Berjaya Tawan Puncak Gunung Kinabalu, Turut Letak Penanda Arah Kiblat Di ‘Hotspot’ Solat

Sumber: Facebook Dr Ahmad Sanusi

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×