Euforia Bola 2026
Nur

Tular Dakwaan Individu Islam Lakukan Ritual Agama Lain, JAIS Siasat Kemungkinan Ada Suntingan AI

ritual agama

Hantaran di media sosial yang mendakwa seorang individu beragama Islam melakukan ritual agama lain mengundang perhatian, selepas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan siasatan sedang dijalankan berhubung perkara itu.

Menerusi kenyataan media pada 10 Oktober 2026, JAIS memaklumkan bahawa pihaknya sedang meneliti dakwaan berkenaan, termasuk kesahihan maklumat yang mengaitkan kejadian itu dengan perayaan Thaipusam di Batu Caves, Selangor.

Baca juga: “Tak Tergamak Ambil Bayaran, Boleh Cecah Ribu…”- Ruang Solat Masjid Dicemari Cecair Busuk, Perlu 3 Hari Untuk Sertu

JAIS Siasat Dakwaan Individu Islam Lakukan Ritual Agama Lain

ritual agama

Gambar fail Faiz Anuar (NSTP): Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

Menurut Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad, siasatan dimulakan berdasarkan Seksyen 4 dan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.

“Ia membabitkan kesalahan melakukan perbuatan yang menunjukkan pemujaan dengan apa-apa cara menyalahi hukum syarak, dan juga kesalahan melakukan perbuatan yang menyebabkan agama Islam dipandang hina.

“Setakat ini, JAIS belum dapat mengesahkan perbuatan itu dilakukan oleh individu berkenaan ketika perayaan Thaipusam di Batu Caves, sebagaimana (dakwaan) yang ditularkan,” katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Baca juga: Isu Panas Doktor Lelaki Nak Lihat, Sentuh Berlapik Kemaluan Wanita Untuk Bersalin… Ini Hukumnya!

Tak tolak kemungkinan suntingan ‘superimpose’ atau AI

ritual agama

Gambar tular

Beliau berkata, JAIS juga tidak menolak kemungkinan hantaran itu membabitkan suntingan ‘superimpose’ atau kecerdasan buatan (AI).

“Justeru, beberapa fakta mengenai kes itu termasuk tempat kejadian, akan disiasat lebih teliti oleh JAIS dengan segera bagi mengenal pasti bidang kuasa jabatan ini untuk mengambil tindakan lanjut bawah undang-undang yang berkuat kuasa.

“JAIS memandang serius perkara menyentuh persoalan akidah umat Islam di Selangor, dan menegaskan setiap maklumat atau aduan akan disiasat serta diambil tindakan secara profesional, tegas, cepat, tepat dan adil,” katanya.

Baca juga: “Cemarkan Imej Malaysia”- Tindakan Individu Tempatan Sertai Pertandingan Ratu Cantik Transgender Di Thailand Dikecam JPMHEA

Sumber: Facebook Jabatan Agama Islam Selangor

FT Image: Tular di media sosial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×