Euforia Bola 2026
Rakyat

Belanjawan 2027: Gaji Minimum Naik Kepada RM2,000 Mulai Jun Tahun Depan

belanjawan 2027

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, berkata peningkatan pendapatan rakyat perlu seiring dengan kenaikan harga barangan bagi memastikan kesejahteraan pekerja terus terpelihara.

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada RM1,700 kepada RM2,000 sebulan mulai Jun 2027 sebagai usaha merapatkan jurang pendapatan pekerja dan menangani tekanan kos sara hidup.

Baca juga: Belanjawan 2027: STR RM150, SARA MADANI RM100 Diberi Dua Kali, Sebelum Aidilfitri & Merdeka

BELANJAWAN 2027: KADAR GAJI MINIMUM DINAIKKAN

belanjawan 2027

Menurut beliau, kadar pampasan pekerja berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia masih rendah, iaitu 33.9 peratus, sekali gus menunjukkan keperluan untuk memperkukuh pendapatan golongan pekerja.

Pelaksanaan kadar gaji minimum baharu itu dijangka melibatkan lebih empat juta pekerja. Bagaimanapun, perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dengan hasil jualan di bawah RM50 juta dikecualikan bagi memberikan ruang kepada majikan menyesuaikan model perniagaan masing-masing.

Selain itu, kerajaan turut memperkenalkan kadar gaji minimum RM2,500 sebulan sebagai permulaan bagi pekerja separa mahir dan graduan menerusi pembaharuan kerangka pendapatan pekerja.

belanjawan 2027

GLIC & GLC tingaktkan penanda aras gaji

Dalam perkembangan sama, kerajaan menyambut baik komitmen syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang meningkatkan penanda aras gaji sara hidup daripada RM3,100 kepada RM3,400 sebulan.

Langkah berkenaan dijangka memberikan manfaat kepada kira-kira 230,000 pekerja.

Anwar turut menyeru majikan sektor swasta supaya mengikuti langkah berkenaan dengan menawarkan kadar gaji yang lebih wajar, selaras dengan kelayakan dan kemahiran pekerja.

Bagi memperkukuh pematuhan undang-undang pekerjaan, syarikat selain PMKS juga hanya boleh menuntut potongan cukai bagi perbelanjaan gaji sekiranya bayaran dibuat melalui akaun bank mengikut saluran yang dibenarkan di bawah Akta Kerja 1955.

Baca juga: Tewaskan 71 SBP Lain! Sekolah Sultan Alam Shah Dinobatkan ‘SBP Terbaik Keseluruhan 2025’

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×