Euforia Bola 2026
Rakyat

Belanjawan 2027: STR RM150, SARA MADANI RM100 Diberi Dua Kali, Sebelum Aidilfitri & Merdeka

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, telah membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini pada jam 3.30 petang.

Belanjawan 2027 yang turut dibentangkan oleh Anwar selaku Menteri Kewangan merupakan belanjawan kelima di bawah pentadbiran Kerajaan MADANI sejak kerajaan itu dibentuk pada 2022.

Baca juga: Kanak-Kanak Ireland Jatuh Cinta Dengan Makanan Asia Tenggara, Ibu Wajib ‘Fly’ Setiap Tahun Ke Malaysia!

BELANJAWAN 2027: SARA MADANI 2027

– Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sehingga RM150 sebulan atau RM1,800 setahun, sekali gus memberi manfaat kepada kira-kira sembilan juta penerima.

– Selain itu, rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas yang bukan penerima STR akan menerima SARA MADANI sebanyak RM100 sebanyak dua kali, iaitu sebelum Aidilfitri dan menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-70. Inisiatif ini dijangka memanfaatkan sehingga 13 juta rakyat Malaysia, termasuk golongan M40.

belanjawan 2027

– Kerajaan turut membenarkan penggunaan bantuan SARA untuk membeli barangan basah dan segar di 216 pasar tani atau tamu kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara.

– Setakat ini, sebanyak 15,000 premis berdaftar sebagai rakan niaga SARA, termasuk 6,800 kedai runcit kecil dan koperasi. Menjelang akhir tahun ini, kerajaan menyasarkan untuk meningkatkan jumlah kedai runcit kecil yang menyertai inisiatif berkenaan kepada 10,000 premis.

Baca juga: Putrajaya Kini Ada Bas Elektrik Tanpa Pemandu, Tambang Hanya RM1 Sehala Seawal 7:15 Pagi!

Sumber: Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×