Kebimbangan mengenai peperiksaan yang bakal berlangsung minggu depan dipercayai antara perkara yang menghimpit seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun, sebelum dia ditemui parah di sebuah sekolah menengah di Kulim, Kedah, Ahad lalu.
Remaja berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah tersebut.
Baca juga: Hampir Sejam Bersama Keluarga Irene Sofiya, Raja Permaisuri Agong Sebak Hingga Titiskan Air Mata
PELAJAR LELAKI CEDERA TERJATUH BANGUN SEKOLAH, DAKWA ALAMI TEKANAN

Gambar hiasan.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring, berkata pihaknya kini mengambil keterangan daripada beberapa individu bagi membantu siasatan.
“Kita sedang ambil keterangan beberapa individu dan dalam kes ini tiada tangkapan dilakukan,” katanya ketika dihubungi media tempatana hari ini.
Bimbang tak dapat penuhi harapan ibu bapa
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 3.40 petang ketika waktu rehat, apabila seorang guru lelaki berusia 48 tahun menemui remaja terbabit dalam keadaan terbaring di lantai berhampiran tangga Blok E sekolah berkenaan.
“Pengadu kemudian pergi ke lokasi dan mendapati mangsa masih sedar serta boleh bercakap sebelum dibawa mendapatkan rawatan di Hospital Kulim.
“Hasil temu bual polis dengan mangsa mendapati dia mengaku terjun sendiri dari tingkat tiga bangunan sekolah kerana mengalami tekanan berkaitan akademik,” katanya, di sini hari ini.
Beliau berkata, mangsa mendakwa sering membandingkan pencapaian akademiknya dengan kakaknya berusia 16 tahun yang kini belajar di Tingkatan Empat di sekolah sama.
“Menurut mangsa, peperiksaan akan berlangsung pada minggu depan dan dia bimbang tidak dapat memenuhi harapan ibu bapanya,” katanya.
Sehari sebelum kejadian, ada hantaran tentang tekanan
Dalam perkembangan siasatan, polis turut mendapati seorang pelajar perempuan pernah melihat hantaran Instagram Story milik mangsa sehari sebelum kejadian.
Hantaran berkenaan dipercayai menyentuh mengenai tekanan berkaitan pelajaran dan keluarga. Bagaimanapun, hantaran itu sudah dipadam.
Setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan pelajar berusia 13 tahun itu masih menerima rawatan di Hospital Kulim.
