Euforia Bola 2026
Famili

“Kaki Dicucuk Benda Tajam Dari Bawah Rumah”- Suri Rumah OKU Sempat Beritahu Suami Sebelum Maut!

kaki dicucuk

“Kaki dicucuk dengan benda tajam dari bawah rumah.”

Kata-kata itu sempat disampaikan seorang suri rumah Orang Kurang Upaya (OKU), Nor Ainon Omar, 49, kepada suaminya sebelum dia ditemui berlumuran darah di kediaman mereka di Kampung Cheh Hilir, Kati, Kuala Kangsar pada Rabu.

Ketika kejadian, suaminya dikatakan sedang memasak sebelum terdengar isterinya meminta pertolongan.

Baca juga: Guru Wanita Didakwa Bawa Pelajar 17 Tahun Ke Hotel, Hubungan Terbongkar Selepas Keluarga Jumpa Video!

KAKI DICUCUK BENDA TAJAM DARI BAWAH RUMAH, SURI RUMAH OKU MAUT

kaki dicucuk

Suri rumah Orang Kurang Upaya (OKU), Nor Ainon Omar, 49, ditemui berlumuran darah di kediaman mereka di Kampung Cheh Hilir, Kati, Kuala Kangsar pada Rabu.

Sempat beritahu suami sebelum ditemui berlumuran darah

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cheh Hilir, Nur Halim Abdul Hamid, suami mangsa terlebih dahulu meminta bantuan seorang penduduk yang bekerja sebagai penoreh getah di kawasan berhampiran, sebelum kejadian itu dimaklumkan kepadanya kira-kira jam 2 petang.

Apabila tiba di rumah berkenaan, dia mendapati Nor Ainon sudah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak, selain mengalami kecederaan serta pendarahan pada bahagian betis.

“Setibanya saya di rumah berkenaan, mangsa sudah tidak sedarkan diri dan tidak bergerak, selain terdapat kecederaan serta pendarahan pada bahagian betis.

“Suami mangsa memberitahu, isterinya sempat mengatakan kakinya dicucuk dengan benda tajam dari bahagian bawah rumah melalui celahan papan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Rabu.

Menurutnya, mangsa dan suaminya menetap di rumah berkenaan bersama tiga anak mereka dan keluarga itu sudah lama tinggal di situ.

Ketika kejadian, seorang daripada tiga anak mangsa tiada di rumah.

“Penduduk kampung kemudiannya membantu mencari anak mangsa sebelum remaja berusia 15 tahun itu ditemui di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran sekolah.

“Penduduk memujuknya untuk pulang ke rumah sebelum dia dibawa berjumpa ibunya. Polis yang tiba kemudian turut menjalankan pemeriksaan dan soal siasat,” katanya.

Baca juga: “Anak Saya Jatuh Ke Kanan…” Murid Tahun Empat Digilis Lori, Bertarung Nyawa 24 Jam Sebelum Meninggal

Pisau ditemui di kebun, dua lelaki ditahan

kaki dicucuk

Nur Halim berkata, polis kemudian menemukan sebilah pisau di kawasan kebun kelapa sawit selepas anak mangsa menunjukkan lokasi berkenaan.

Adik ipar mangsa, Suliana Jalaluddin, 37, pula berkata dia mengetahui mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.16 petang selepas menerima mesej daripada abangnya menerusi kumpulan WhatsApp keluarga.

Menurutnya, keluarga tersebut mempunyai hubungan yang rapat dan kesemua mereka turut menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Arwah merupakan OKU, begitu juga ketiga-tiga anak mereka.

“Anak sulung berusia 17 tahun merupakan OKU fizikal akibat kecederaan terbakar yang dialami sebelum ini, manakala dua lagi anak termasuk yang dikaitkan dengan kejadian ini adalah OKU pembelajaran,” katanya.

Mayat Nor Ainon kemudian dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat.

Dalam perkembangan terbaharu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Heisham Harun berkata polis telah menahan dua lelaki yang merupakan ahli keluarga mangsa dan dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

“Polis turut menemui sebilah pisau yang disyaki digunakan sebagai senjata dalam kejadian.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dengan suspek,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×