Euforia Bola 2026
Didik

Guru Wanita Didakwa Bawa Pelajar 17 Tahun Ke Hotel, Hubungan Terbongkar Selepas Keluarga Jumpa Video!

guru wanita

Hubungan antara seorang guru wanita dan pelajar lelaki berusia 17 tahun terbongkar selepas keluarga remaja berkenaan serta pihak sekolah menemui video yang dipercayai merakam kejadian membabitkan mereka.

Difahamkan, hubungan tersebut dikatakan sudah terjalin sejak tahun lalu dan kedua-duanya didakwa beberapa kali bertemu di sebuah hotel di Seri Kembangan selain di kediaman guru berusia 30-an itu.

Baca juga: “Anak Saya Jatuh Ke Kanan…” Murid Tahun Empat Digilis Lori, Bertarung Nyawa 24 Jam Sebelum Meninggal

SKANDAL GURU WANITA & PELAJAR LELAKI TERBONGKAR, BEBERAPA KALI DIDAKWA DAFTAR MASUK HOTEL

guru wanita

Gambar hiasan NST.

Ajak keluar sebelum dibawa ke hotel

Menurut sumber, pelajar terbabit mendakwa guru berkenaan pada mulanya mengajaknya keluar untuk berjalan-jalan dan makan. Bagaimanapun, remaja itu kemudian dikatakan dibawa ke sebuah hotel di Seri Kembangan.

Sumber turut mendakwa berlaku perbuatan seksual di lokasi berkenaan dan kejadian tersebut dipercayai dirakam menggunakan telefon bimbit.

“Kejadian itu berlaku beberapa kali termasuk di kediaman suspek.

“Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar Isnin lalu selepas pihak keluarga dan sekolah mengetahui mengenainya, termasuk menemui video yang dirakam,” katanya.

Baca juga: Terbongkar Dalam Op Pedo Bersepadu 3.0, Remaja 13 Tahun Cipta & Jual Kandungan Animasi S*ksual

Pelajar dan sekolah buat laporan polis

guru wanita

Gambar hiasan: Gemini AI

Susulan perkara itu, pelajar terbabit bersama pihak sekolah dikatakan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sumber berkata, polis kemudian menahan guru wanita berkenaan di sekitar Bandar Kinrara pada kira-kira 10.30 malam, Isnin lalu. Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pada masa sama, Harian Metro dilaporkan sedang mendapatkan pengesahan daripada pihak polis berhubung kes terbabit.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×