Kes tikam pelajar di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama tahun lalu akhirnya menemui perkembangan baharu, apabila remaja lelaki berusia 15 tahun dibebaskan daripada pertuduhan membunuh rakan sekolahnya yang berusia 16 tahun.
Keputusan itu dibuat Mahkamah Tinggi hari ini selepas mahkamah mendapati remaja berkenaan tidak siuman ketika kejadian berlaku.
KES TIKAM PELAJAR: REMAJA BEBAS PERTUDUHAN BUNUH RAKAN SEKOLAH

Gambar NSTP: Peguam, Kitson Foong.
Hakim Adlin Abdul Majid kemudian memerintahkan remaja terbabit ditahan dan menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak mengikut perkenan Sultan Selangor.
Peguam remaja berkenaan, Kitson Foong, yang memberi taklimat kepada media selepas prosiding secara tertutup itu berkata, mahkamah mendapati syarat-syarat mengikut Seksyen 84 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan pembelaan atas alasan ketidaksiuman telah berjaya dibuktikan oleh pihak pembelaan dan pihak pendakwaan gagal menyangkalnya.
Baca juga: Lahirkan Bayi Dalam Tandas, Pelajar 19 Tahun Tergamak Simpan May*t Bayi Dalam Loker Asrama!
Perkembangan lanjut menyusul.

Gambar NSTP/Amirudin Sahib: Seorang pelajar perempuan Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah di Bandar Utama, Petaling Jaya, meninggal dunia selepas ditikam seorang pelajar lelaki Tingkatan 2.
Sumber: Buletin TV3
