Euforia Bola 2026
Famili

Seram! Cucu 2 Tahun Diserang 5 Ekor Anjing Liar, Nenek Menjerit Lihat Kepala & Muka Berlumuran Darah

DISERANG ANJING LIAR

Diserang anjing liar ketika berada di hadapan rumah, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun parah selepas dipercayai menjadi mangsa serangan lima ekor anjing di Kampung Tambak, Sungai Kelambu, Peserai, Batu Pahat.

Mangsa, Nur Haira Watikah Mohammad Hamizi, 2, dipercayai diserang sekumpulan anjing berkenaan kira-kira jam 7 pagi selepas dihantar ibu bapanya ke rumah nenek untuk dijaga.

Baca juga: “Cer Ambik Gambo” – Ucapan Sultan Perak Ketika Di MAHA Cuit Hari Rakyat, Pekat Betul Loghat Tuanku!

BUDAK 2 TAHUN DISERANG ANJING LIAR 5 EKOR

DISERANG ANJING LIAR

Menurut nenek mangsa, Darlinda Darlis, 57, Nur Haira sebelum ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah datuk sebelah bapanya yang terletak tidak jauh dari kediamannya.

Katanya, kejadian itu merupakan kali pertama cucunya tinggal bersamanya selepas ibu bapa Nur Haira perlu ke Johor Bahru atas urusan kerja.

“Saya hanya mampu menjerit lihat cucu terbaring dan dikelilingi lima ekor anjing dengan kepala dan mukanya dipenuhi darah,” kata Darlinda Darlis.

Darlinda berkata, sebelum kejadian, Nur Haira sedang berbaring bersama abang dan kakaknya sambil minum susu, manakala dia masuk ke bilik untuk bersiap mandi.

Selepas selesai mandi, dia mendapati pintu rumah terbuka sebelum keluar mencari cucunya. Bagaimanapun, dia terkejut apabila melihat Nur Haira berada di luar rumah dan sedang diserang lima ekor anjing.

Jeritan Darlinda kemudian didengari anaknya yang segera keluar untuk membantu menyelamatkan kanak-kanak terbabit. Akibat serangan itu, Nur Haira mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan muka.

Darlinda berkata, dia bersama anaknya terus membawa mangsa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Alami kecederaan serius

DISERANG ANJING LIAR

Nur Haira kemudiannya ditempatkan di zon merah dan terpaksa ditidurkan susulan kecederaan yang dialaminya.

“Saya tak boleh bayangkan keadaannya ketika itu, saya nampak mata dia terbuka namun tidak bercakap apa-apa. Saya hanya menangis sepanjang perjalanan ke hospital kerana tidak sanggup melihat keadaannya.

“Tidak lama selepas itu, Nur Haira dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru memandang kecederaan dialaminya,” katanya.

Dalam pada itu, Darlinda mendakwa anjing-anjing liar yang menyerang cucunya dipercayai ditinggalkan oleh pemburu selepas digunakan untuk memburu babi di kawasan kebun sawit berhampiran rumahnya.

Menurutnya, kewujudan anjing liar berkenaan sudah lama menimbulkan kebimbangan penduduk setempat, malah jumlahnya dikatakan semakin bertambah.

“Mereka (pemburu) menggunakan anjing ini, bila selesai memburu, mereka tinggalkan anjing di sini. Kami sudah lama risau dengan anjing liar ini kerana ia semakin membiak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.

Baca juga: Kongsi Dapat Anak Ke-8 Tapi Terima Komen Negatif! Rupanya Lelaki Ini Bukan Calang-Calang Orang

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×