Euforia Bola 2026
Asuh

Niat Asalnya Nak Tengok Cucu Mewarna, Sekali Atuk Pun Tak Nak Kalah & ‘Conquer’ Buku!

MEWARNA GAMBAR

Aktiviti mewarna gambar bersama cucu bertukar menjadi gelagat mencuit hati apabila seorang atuk yang pada awalnya sekadar melihat akhirnya turut mengambil bahagian sehingga ‘menguasai’ buku mewarna milik cucu-cucunya.

Menerusi perkongsian pengguna Threads, @ayin.hlm, gelagat mencuit hati itu berlaku ketika cucu-cucunya sedang leka mewarna.

Baca juga: Cemerlang PNGK 4.0 STPM, Atiqah Husna Dapat Tawaran Ke USM… Dr Asyraf Wajdi ‘Call’ & Terima Tajaan Penuh!

ATUK MEWARNA GAMBAR BUKU CUCU, LAMA-LAMA TERUS CONQUER

MEWARNA GAMBAR

Menurutnya, pada awalnya sang datuk hanya melihat cucu-cucunya mewarna sebelum datang menghampiri dan mengambil sebatang pensel warna.

“Konon nak warna awan je. Hujung-hujung buku dengan acrylic color atuk conquer,” katanya dalam perkongsian tersebut.

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang terhibur melihat kesungguhan seorang atuk melayan aktiviti cucu-cucunya.

Ada yang berseloroh bahawa situasi berkenaan mungkin membuatkan golongan guru selepas ini tidak boleh menyalahkan ibu sahaja sekiranya kerja sekolah anak-anak disiapkan oleh orang lain.

“Terhibur. Ini lah yang cikgu-cikgu marah. Selalu mak-mak je yang buatkan homework anak. Dah up satu level lagi, atok buatkan. Kepada para cikgu, jangan salahkan mak je pasni. Mohon tengok atok-atok sekali,” komen seorang warganet secara berseloroh.

Susulan perkongsian pertama itu, ramai pula yang meminta untuk melihat hasil karya yang diwarnakan oleh sang atuk.

Pemilik akaun berkenaan kemudian berkongsi gambar tersebut tanpa pengetahuan ‘tuan badan’, memandangkan cucu-cucunya yang pulang ke kampung kali ini semuanya merupakan perempuan.

Justeru, buku mewarna yang digunakan turut mempunyai tema kanak-kanak perempuan. Namun, keadaan itu langsung tidak menghalang sang atuk untuk turut serta.

Menurutnya, atuknya tetap melayan aktiviti mewarna tersebut asalkan dapat menggunakan acrylic color yang disukainya.

Malah, dia menyifatkan sang atuk kelihatan begitu bersungguh-sungguh ketika mewarna sehingga hasilnya menjadi antara perkara yang mencuit hati.

Dinding rumah pun pernah jadi ‘kanvas’

MEWARNA GAMBAR

Lebih menghiburkan, perkongsian itu turut disertakan dengan nota kaki mengenai dinding rumah mereka.

Menurutnya, dinding berwarna oren tersebut sebenarnya dicat oleh ibu kepada cucu-cucu berkenaan kerana sang atuk pernah mengatakan dinding di rumah mereka terlalu banyak.

Gelagat tersebut pastinya menjadi antara kenangan manis buat cucu-cucu yang dapat meluangkan masa bersama datuk mereka ketika pulang ke kampung.

Walaupun sekadar aktiviti mewarna, telatah spontan sang atuk ternyata berjaya mencuit hati ramai dan menunjukkan bagaimana aktiviti ringkas bersama cucu boleh menjadi momen yang cukup bermakna buat sesebuah keluarga.

Baca juga: Mahkamah Arah Klinik Bayar RM359,000…Kanak-Kanak Alami Penderahan Serius Selepas Berkhatan

Sumber: Ayin hlm

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×