Kalau anda peminat pickleball, ada satu kejohanan yang memang patut masuk dalam kalendar September ini. PPA Asia 1000 Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 bakal membawa aksi pemain bertaraf dunia ke Kuala Lumpur, malah peminat di seluruh Malaysia boleh menyaksikannya secara percuma menerusi Tonton.
MEDIA PRIMA RAKAN MEDIA RASMI PPA ASIA 1000 LEAPMOTOR KUALA LUMPUR CUP 2026

Lebih mengujakan, Media Prima Berhad kini dilantik sebagai Rakan Media Rasmi bagi kejohanan tersebut menerusi kerjasama bersama United Pickleball Association Asia (UPA Asia).
Kejohanan berkenaan bakal berlangsung dari 9 hingga 13 September 2026 di The Hood, Kuala Lumpur.
Bintang dunia turun beraksi di Kuala Lumpur
PPA Tour Asia merupakan antara siri jelajah pickleball profesional dan amatur terkemuka di Asia yang dikendalikan UPA Asia.
Mulai tahun ini, setiap mata yang diperoleh daripada kejohanan PPA Tour Asia akan menyumbang kepada World Pickleball Rankings. Ini sekali gus membuka lebih banyak peluang buat pemain dari rantau Asia untuk mengumpul mata dan bersaing di pentas antarabangsa.
Untuk edisi Kuala Lumpur kali ini, antara nama besar yang sudah mengesahkan penyertaan ialah Gabriel Tardio dari Bolivia, yang kini berada di kedudukan No. 2 dunia lelaki.
Turut mencuri perhatian ialah Chao Yi Wang dari Chinese Taipei, pemain No. 11 dunia wanita.
Malaysia pula akan diwakili beberapa jaguh tempatan termasuk Jimmy Liong Kai Long, Syed Uzair Sufi dan bakat muda Timothy Foo.
Baca juga: 16,000 Sudah Sertai Tonton Non Stop, On Top!, Peluang Terakhir Menang GAC Emkoo Kini Dibuka!

Boleh tonton percuma di Tonton
Menerusi kerjasama ini, Media Prima akan menggunakan rangkaian platformnya bagi memeriahkan lagi kejohanan tersebut. Ia termasuk Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima, REV Media Group, Media Prima Audio, The New Straits Times Press (NSTP), Tonton serta BigTree (DOOH).
Paling menarik, peminat pickleball yang tidak berkesempatan hadir ke The Hood masih boleh mengikuti aksi kejohanan secara langsung menerusi Tonton secara percuma.
Selain siaran dan promosi media, kerjasama berkenaan turut merangkumi peluang dalam aspek kandungan digital, penstriman langsung, jualan tiket, komersial serta kolaborasi bersama jenama.
Kerjasama Media Prima dan UPA Asia ini dilihat sebagai salah satu usaha untuk membantu mengembangkan lagi sukan pickleball di Malaysia, khususnya menerusi kandungan kreatif dan penglibatan digital.
Maklumat kejohanan:
- 📅 Tarikh: 9 hingga 13 September 2026
- 📍 Lokasi: The Hood, Kuala Lumpur
- 🎟️ Pembelian Tiket: Layari https://bit.ly/4fYNuwK
- 📺 Siaran langsung: Boleh ditonton secara percuma menerusi platform Tonton
