Euforia Bola 2026
Famili

Pickleball Bertaraf Dunia Tiba Di KL September Ini, Jangan Lepaskan Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026!

leapmotor kuala lumpur cup 2026

Buat julung kalinya, kejohanan Professional Pickleball Association Asia (PPA Asia) Tour bakal menggegarkan Kuala Lumpur menerusi Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026 yang akan berlangsung selama lima hari, bermula 9 hingga 13 September 2026 di The Hood, Kuala Lumpur.

Sebagai rakan media rasmi, Media Prima turut membawakan liputan kejohanan ini kepada peminat sukan di seluruh negara.

Baca juga: Kembali Selepas Sekian Lama! BH Terbit Semula Sisipan DIDIK Setiap Selasa, Bantu Murid Lebih Cemerlang

LEAPMOTOR KUALA LUMPUR CUP 2026 TIBA DI KL SEPTEMBER INI

leapmotor kuala lumpur cup 2026

Sepanjang lima hari kejohanan, pengunjung berpeluang menyaksikan aksi pemain-pemain pickleball terbaik dunia yang akan berentap merebut kejuaraan dalam siri PPA Asia Tour.

Sama ada anda pemain aktif atau baru mengenali sukan ini, inilah peluang terbaik untuk merasai sendiri kemeriahan kejohanan bertaraf antarabangsa yang berlangsung di Malaysia.

Selain menyaksikan aksi di gelanggang, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti di Pickletown sepanjang kejohanan berlangsung.

Antara yang menanti anda ialah:

  • Pelbagai pilihan makanan dan minuman
  • Permainan interaktif
  • Cabutan bertuah
  • Jualan barangan eksklusif kejohanan
  • Suasana festival yang sesuai untuk seisi keluarga

Pilih Tiket Yang Sesuai

leapmotor kuala lumpur cup 2026

Penganjur menawarkan beberapa pilihan tiket mengikut pengalaman yang diinginkan.

1. DINKER GA Season Pass (5 Hari)

Season Pass memberikan akses sepanjang lima hari kejohanan, termasuk pusingan kelayakan sehingga kemuncak Championship Sunday.

Pemegang pas juga menikmati akses ke tempat duduk umum, kawasan Pickletown serta kemudahan keluar masuk sepanjang tempoh kejohanan.

2. BANGER & DINKER GA (Tiket Sehari)

Bagi yang ingin hadir sehari sahaja, tiket harian turut disediakan.

Banger GA menawarkan tempat duduk di belakang pemain bagi pengalaman lebih dekat dengan aksi.
Dinker GA pula memberikan sudut tontonan yang membolehkan anda mengikuti keseluruhan perjalanan perlawanan dengan selesa.

3. VIP Pass

Bagi pengalaman lebih eksklusif, VIP Pass menawarkan:

  • Tempat duduk premium
  • Akses ke VIP Lounge
  • Makanan dan minuman disediakan
  • Peluang bertemu pemain profesional menerusi sesi meet & greet

4. Premium Courtside Pass

Bagi pengalaman paling hampir dengan gelanggang,

Premium Courtside Pass menawarkan:

  • Tempat duduk barisan hadapan Championship Court
  • Akses ke VIP Lounge
  • Laluan masuk khas
  • Sesi bertemu pemain profesional
  • Official Tournament Merch Pack bernilai lebih RM2,000

Tempat duduk bagi kategori ini adalah sangat terhad.

Jangan Lepaskan Barangan Eksklusif Leapmotor Kuala Lumpur Cup

leapmotor kuala lumpur cup 2026

Pengunjung juga boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif yang hanya dijual sepanjang acara berlangsung.

Antaranya termasuk:

  • Baju rasmi kejohanan
  • Mini paddle
  • Collectible toy
  • Pelbagai merchandise eksklusif lain

Orang ramai turut digalakkan membuat pra-tempahan baucar merchandise sebelum acara bagi menikmati nilai tambahan ketika membeli-belah di kedai rasmi. Semua barangan adalah terhad selagi stok masih ada.

Jumpa Anda Di The Hood September Ini!

Jika anda peminat pickleball atau ingin merasai sendiri kemeriahan kejohanan bertaraf dunia, Leapmotor Kuala Lumpur Cup 2026. sememangnya acara yang tidak patut dilepaskan.

Bagi yang tidak dapat hadir, anda juga boleh mengikuti siaran langsung kejohanan menerusi Tonton.

Baca juga: “Haid Bukan Topik Memalukan”- SAYS Bawa Isu Kesihatan Wanita Ke Meja Perbincangan Melalui ‘Just Flow With It’

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×