Euforia Bola 2026
Rakyat

Mydin Henti Jualan Tudung Guna Bintang Jalur Gemilang Tidak Tepat, Akui Kesilapan Cetakan Pembekal

Bintang Jalur Gemilang yang didakwa tidak mempunyai 14 bucu seperti reka bentuk asal mencetuskan perhatian ramai selepas gambar sebuah produk tular di media sosial.

Produk berkenaan didakwa dijual di salah sebuah cawangan Mydin di Subang Jaya sebelum pihak Mydin tampil memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Baca juga: Alert! Penutupan Jalan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Di Putrajaya, Ini Laluan Yang Terjejas

BINTANG JALUR GEMILANG SALAH CETAK, MYDIN BERI PENJELASAN

BINTANG JALUR GEMILANG

Dalam hantaran tersebut, beliau mempersoalkan bagaimana produk yang menggunakan lambang negara boleh terlepas daripada proses semakan sebelum dihasilkan secara besar-besaran.

“Ini bukan sekadar ‘silap design’,” katanya dalam hantaran berkenaan.

Dia turut mempersoalkan sekiranya reka bentuk produk tersebut dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI), sama ada semakan dan penelitian sewajarnya telah dilakukan sebelum produk dicetak dan dipasarkan.

Menurutnya, Jalur Gemilang merupakan lambang negara dan pihak yang terlibat perlu mengambil tanggungjawab serta memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Susulan perkara itu, akaun rasmi Mydin Malaysia tampil memberikan respons terhadap hantaran berkenaan.

Mydin memaklumkan pihaknya mengambil serius isu tersebut dan telah mengarahkan semua cawangan untuk menghentikan jualan produk berkenaan serta-merta.

Hasil semakan pihaknya mendapati isu tersebut berpunca daripada kesilapan cetakan oleh pihak pembekal.

“Pihak kami sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan perkara ini tidak berulang,” jelas Mydin dalam maklum balas tersebut.

Mydin turut memohon maaf atas kekhilafan yang berlaku serta menghargai maklum balas yang diberikan oleh pengguna.

BINTANG JALUR GEMILANG

Tindakan tersebut dibuat selepas isu berkenaan mendapat perhatian pengguna media sosial, khususnya berkaitan penggunaan elemen Jalur Gemilang pada produk yang dijual kepada orang ramai.

Isu berkaitan Jalur Gemilang sering mendapat perhatian kerana bendera Malaysia mempunyai reka bentuk dan simbol yang perlu dipaparkan dengan tepat, termasuk bintang pecah 14 yang melambangkan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Baca juga: “Dulu Selalu Skip, Sekarang Tak Pernah Miss”– Wanita Kongsi Rutin Sarapan Baharu, Telur Jadi Menu Wajib

Sumber: Threads Faizfaisal.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×